Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Ketibaan pelawat ke Singapura naik lepasi satu juta pada April

May 22, 2023 | 05:52 PM



KETIBAAN pelawat antarabangsa Singapura terus melebihi satu juta pada April, untuk bulan kedua berturut-turut pada 2023 dan buat kali kedua sejak pandemik Covid-19 bermula pada 2020.

Ketibaan pelancong melonjak kepada 1.13 juta pada April, naik daripada 1.02 juta yang dicatat pada bulan sebelumnya, berdasarkan angka terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Isnin.

Angka ketibaan pada April mencatat rekod pascapandemik baru, walaupun ia kekal di bawah 1.7 juta pelawat yang dicatatkan pada Januari 2020, sebelum wabak itu melanda.

Indonesia kekal sebagai sumber utama pelawat ke Singapura untuk bulan ke-13, mencatatkan 220,067 pelawat pada April — lebih tinggi daripada 171,507 pelawat pada bulan sebelumnya.

Negara sumber terbesar seterusnya, Malaysia, mencatatkan 98,190 pelawat, naik daripada 97,835 pada Mac.

Di tempat ketiga untuk bulan kedua berturut-turut ialah India, dengan 97,029 pelawat pada April.

Bilangan itu lebih daripada 75,338 yang dicatat pada bulan sebelumnya, dan lebih tinggi daripada 92,937 pelawat Australia pada April. Pada Mac, terdapat 74,268 pelawat dari Australia.

China sekali lagi berada di tempat kelima pada April dengan 90,725 pelawat, berbanding 60,888 pada Mac.

Singapura telah mencatat sekitar 4.04 juta ketibaan pelawat pada 2023 sejauh ini, berbanding 12 juta hingga 14 juta ketibaan yang dijangkakan oleh STB bagi seluruh tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >