Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi mesej anti dadah dengan masyarakat peniaga

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim bersama pasukan Dadah itu Haram (DIH) telah meronda kawasan Jurong dalam usaha untuk menyebarkan mesej anti-dadah baru-baru ini.



Dr Faishal telah bertemu bersama beberapa pemilik kedai gunting rambut Melayu/Islam untuk berkongsi mesej anti-dadah dengan masyarakat peniaga itu.



Usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha bulanan pasukan DIH untuk menyebar mesej anti-dadah.



"Penglibatan sedemikian penting bagi kami untuk menggalakkan perniagaan di kawasan kejiranan untuk membantu menyebarkan mesej bebas dadah di kawasan itu.



"Kita boleh mencapai visi #DrugFreeSG kita jika kita semua bekerjasama rapat," kata Dr Faishal dalam satu catatan di laman Facebook semalam.



Jun lalu, kempen terbaru DIH dilancarkan dengan mesej baru, Ambil Peduli Hadir Di Sisi, yang menggantikan mesej terdahulunya, Muslim Sejati Jauhi Dadah.



Mesej itu sebahagian usaha campur tangan peringkat awal bagi mereka yang belum pernah terjebak dalam kancah dadah, dan menunjukkan kepada mereka bahawa masyarakat peduli dan sentiasa memerhatikan satu sama lain supaya dapat melibatkan diri dalam kegiatan sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >