Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontroversi satu lagi ‘tamparan’ buat PAP, tetapi sistem terbukti berfungsi: Pengamat

Jul 18, 2023 | 05:30 AM



Peletakan jawatan dua Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyusuli hubungan sulit mereka yang tidak wajar merupakan satu lagi ‘tamparan’ buat parti pemerintah PAP yang dilanda beberapa kontroversi lain sejak kebelakangan ini.

Namun, pengamat politik yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata keputusan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong untuk tampil memberi pencerahan dan menjelaskan isu sebenar mencerminkan kepimpinan yang baik dan bahawa pemerintah memerlukan ahli politiknya untuk menegakkan tingkah laku wajar dan kelakuan peribadi yang tinggi, sejajar dengan apa yang dikehendaki warga Singapura.


Walaupun kejadian terkini itu telah “menguji” sistem tadbir urus, ia ternyata membuktikan bahawa sistem itu berfungsi, menurut pengamat politik, Encik Zulkifli Baharudin.

“Ini merupakan kesilapan manusia, bukan kegagalan institusi. Sistem (tadbir urus) diuji, orang ramai akan lihat, sekiranya anda tidak melakukan apa-apa, anda membiarkan ia berlaku, orang ramai akan katakan sistem itu ada masalah,” katanya.

Beliau berkata kejadian ini menunjukkan bahawa Singapura prihatin dan mahu memastikan negaranya terus mengekalkan prinsip moral yang tinggi.

Pada Isnin, Encik Lee berkata peletakan jawatan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin dan Anggota Parlimen GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui adalah sesuatu yang perlu bagi mengekalkan piawaian tingkah laku wajar dan kelakuan peribadi yang ditegakkan PAP sepanjang tahun-tahun lalu.

Langkah Encik Lee itu adalah penting, dan menunjukkan kepimpinan yang baik, menurut pengamat politik.

Zamil Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat berkata masalah dan kesilapan akan timbul dari masa ke semasa tetapi kepimpinan yang baik dilihat menerusi cara isu itu ditangani.

“Apabila sebuah isu timbul, pemimpin berdepan dengan dua pilihan: untuk menyelindung atau tidak menghiraukannya dan membuat cerita, atau mengaku ada kesilapan, bersikap telus, meminta maaf dan menunjukkan komitmen untuk melakukan lebih baik dan memperbaiki kekurangan. Saya rasa PM telah melakukan yang kedua.

“Reaksi PM, sebagai pemimpin negara dan setiausaha agung PAP, merupakan piawaian penting buat pemimpin akan datang dan menegakkan kelakuan standard bagi semua ahli politik dalam negara ini, dalam parti pemerintah atau pembangkang,” ujarnya.

Profesor Madya Tan Ern Ser, pakar sosiologi dari Universiti Nasional Singapura (NUS) juga berkata langkah ini adalah penting secara simbolik.

“Ia menunjukkan betapa serius parti pemerintah dalam menangani kes sebegitu,” katanya.

Encik Lee pada Isnin berkata beliau tiada rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum – yang perlu dijalankan selewat-lewatnya 2025 – dengan segera.

Pengamat politik berkata parti tersebut perlu menambat balik keyakinan rakyat kerana kejadian ini mungkin menjejas sokongan terhadap PAP.

Profesor Madya Eugene Tan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata beberapa kejadian terbaru yang melibatkan ahli politik PAP telah membawa keraguan tentang sama ada parti itu telah mengekalkan piawaian tinggi kejujuran dan kewibawaan yang dijanjikan.

Walaupun kesannya tidak dapat diukur buat masa ini, ia mungkin menghakis sokongan terhadap PAP sekiranya orang ramai berpandangan bahawa mempunyai lebih ramai anggota pembangkang adalah cara yang terbaik untuk memastikan parti itu disemak.

“Mereka akan perlu menunjukkan bahawa proses pemilihan mereka telah dipertingkat dan bahawa disiplin parti akan dikuat kuasa dengan teguh tanpa ketakutan atau pilih kasih. Parti ini perlu dengan segera memenangi semula keyakinan dan kepercayaan rakyat dan tindakan akan menjadi penting,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >