Laksana undang-undang lindung pekerja dari diskriminasi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SOKONGAN UNTUK PEKERJA DIPERKUKUH

Laksana undang-undang lindung pekerja dari diskriminasi

Sep 02, 2021 | 05:30 AM

SEMENTARA diskriminasi di tempat kerja bukanlah satu masalah yang memburuk di Singapura, ia tetap berlaku pada segelintir pekerja, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Maka dengan menggubal undang-undang untuk mengelaknya daripada berlaku, ia akan memperkuatkan lagi garis panduan antidiskriminasi.

Dr Tan menarik perhatian bahawa langkah menggubal Garis Panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) dan menjadikan ia satu undang-undang, juga akan menekankan lagi bahawa Singapura bersikap telus tentang keadilan di tempat kerja.

Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad lalu.

Tafep menangani isu diskriminasi dalam kalangan majikan.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menjelaskan lebih lanjut dalam rancangan ‘The Breakfast Huddle’ di stesen radio, MoneyFM 89.3, Dr Tan berkata:

“Sedang kami membuat perubahan... sedang kami menggalak (syarikat untuk) membina keupayaan semula dengan lebih baik, sedang kami menggalak transformasi industri, sedang kami menggalak inovasi dan sebagainya, kami juga mahu memastikan yang kami menekankan sekali lagi yang kami melindungi pekerja Singapura.”

Encik Lee juga menyentuh tentang peraturan kelayakan permit kerja yang lebih tegas bagi meyakinkan kegelisahan warga Singapura berhubung dengan persaingan pekerjaan serta memastikan bahawa pemegang pas yang digajikan mempunyai mutu yang tepat.

Negara ini telah menunjukkan prestasi yang baik dibandingkan dengan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), dari segi melindungi wanita dan pekerja lanjut usia terhadap diskriminasi di tempat kerja, tekan Dr Tan.

Merujuk kepada rangka kerja yang memerlukan majikan supaya menimbangkan pekerja Singapura dengan adilnya serta badan pengantaraan bagi pertikaian pekerjaan, Dr Tan berkata:

“Jika anda melihat beberapa dekad yang lalu, Tafep bersama dengan Rangka Kerja Pertimbangan Adil dan Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian telah menunjukkan kesan baik,” tambah beliau.

Undang-undang antidiskriminasi yang baru akan meliputi jantina, usia, bangsa, agama dan kurang upaya.

Ia akan memberikan agensi penguatkuasaan kuasa untuk menyekat dan mendenda majikan yang melanggar undang-undang.

Beberapa pihak telah melahirkan keprihatinan undang-undang sedemikian boleh meninggalkan kesan yang tidak dijangkakan dengan menghalang syarikat daripada membuka perniagaan di sini, tetapi Dr Tan berkata beliau tidak melihat ini akan berlaku.

Dr Tan menarik perhatian bahawa kebanyakan firma di sini tidak menjalankan amalan diskriminasi dan undang-undang itu akan membantu menggalak sejumlah kecil syarikat yang melanggar peraturan, supaya mengambil langkah ke hala yang tepat. 


“ Sedang kami membuat perubahan... sedang kami menggalak (syarikat untuk) membina keupayaan semula dengan lebih baik, sedang kami menggalak transformasi industri, sedang kami menggalak inovasi dan sebagainya, kami juga mahu memastikan yang kami menekankan sekali lagi yang kami melindungi pekerja Singapura.”
– Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.


SEKILAS BANTUAN UNTUK PEKERJA BERGAJI RENDAH

Perluas Model Gaji Progresif (PWM), termasuk sektor runcit dari September 2022, khidmat makanan dari Mac 2023 dan pengurusan sampah dari 2023

Syarikat yang menggajikan pekerja asing perlu bayar sekurang-kurangnya Kelayakan Gaji Setempat (LQS) $1,400 kepada pekerja setempat muai September 2022
- Ketika ini, firma perlu membayar pekerja setempat jumlah ini, bergantung berapa ramai pekerja asing yang firma gajikan

Tanda Gaji Progresif akan diberi kepada semua syarikat yang membayar gaji progresif

Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja ditambah daripada $850 juta kepada $1.1 bilion setahun dalam masa dua tahun
- memberi manfaat kepada hampir 500,000 pekerja

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map