Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan MRT Cross Island akan dibina bawah hutan simpanan

Dec 04, 2019 | 07:52 PM



 



LALUAN MRT Cross Island akan digali di bawah hutan simpanan terbesar Singapura dan bukan mengelilinginya.



Mengumumkan demikian hari ini (4 Disember), Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata penjajaran langsung memerlukan terowong sedalam 70 meter bawah Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah (CCNR).



Kedua-dua pilihan – sama ada melalui bawah atau mengelilingi kawasan hutan simpanan itu – dianggap boleh dilaksanakan.



Namun, kumpulan alam semula jadi melahirkan keprihatinan dan menggesa agar laluan MRT baru itu dibina mengelilingi kawasan hutan simpanan tersebut demi mengelak daripada menjejas flora dan fauna di hutan simpanan dekat Kolam Air MacRitchie itu.



Menurut MOT, penjajaran langsung akan menghasilkan waktu perjalanan enam minit lebih pendek berbanding jika laluan itu dibina mengelilingi kawasan hutan simpanan itu.



Tambang penumpang juga dijangka sekitar 15 sen lebih rendah secara purata bagi setiap perjalanan kerana jaraknya lebih dekat.



Selain itu, kos binaan juga dijangka $2 bilion lebih rendah.



CRL sepanjang 50 kilometer itu, yang akan beroperasi dari Tuas ke Changi, akan melalui estet seperti Pasir Ris, Ang Mo Kio dan Clementi.



Apabila siap menjelang 2030-an nanti, sekitar 600,000 penumpang dijangka menggunakannya setiap hari pada awalnya.



Sebelum ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga telah menjalankan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dalam dua fasa bagi kedua-dua pilihan penjajaran.



Menerusi satu kenyataan, MOT membentangkan langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar bagi laluan itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kumpulan alam semula jadi.



Kerja membina terowong sedalam 70 meter di bawah hutan simpanan itu – sama seperti ketinggian blok HDB 25 tingkat – akan memastikan kerja pembinaan dijalankan sepenuhnya menerusi batu granit keras, jauh daripada flora dan fauna di permukaan, tambahnya.



Selain itu, tiada kerja akan dijalankan di bahagian permukaan di hutan simpanan itu, ujar MOT.



Terowong MRT biasanya dibina 20 hingga 30 meter bawah tanah.



Menerusi laman Facebook beliau, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pemerintah telah memikirkan dengan teliti tentang penjajaran laluan itu kerana hutan simpanan itu merupakan satu bahagian istimewa Singapura.



Jika CRL mengelilingi kawasan hutan simpanan itu, ini akan membebankan pembayar cukai dan penumpang dari segi kos, kata beliau.



Pemerintah memutuskan untuk membina terowong lebih dalam berbanding laluan MRT biasa agar sebarang kesan terhadap flora dan fauna di hutan simpanan itu dapat dihapuskan hampir sepenuhnya, kata Encik Khaw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >