Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan Rentas Pulau - MRT bawah tanah terpanjang S'pura - mula dibina

Iswaran: CRL penting dalam usaha S'pura capai sasaran 90% perjalanan waktu sibuk dilakukan dengan berjalan, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam
Jan 19, 2023 | 05:30 AM



KERJA binaan bagi Fasa Pertama Laluan Rentas Pulau (CRL) kini rasmi bermula, dengan satu upacara pecah tanah semalam.



CRL merupakan laluan MRT kelapan Singapura dan laluan bawah tanah sepenuhnya yang terpanjang di Singapura, dengan berukuran lebih 50 kilometer secara keseluruhan apabila siap sepenuhnya nanti.



Berucap di upacara pecah tanah itu di tapak stesen MRT Bright Hill bagi CRL, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata ramai warga Singapura akan meraih manfaat daripada perjalanan yang lebih pendek dan cepat dengan hampir separuh stesen CRL merupakan stesen pertukaran.



Sebagai contoh, seorang penduduk Sin Ming hanya memerlukan setengah jam untuk pergi ke Pasir Ris East dari Bright Hill dengan CRL berbanding 80 minit sekarang.



Stesen Bright Hill akan dihubungkan dengan Koridor Keutamaan Transit (TPC) yang baru di Sin Ming Avenue, yang dijangka siap pada 2029.



Laluan TPC sepanjang 2 kilometer itu akan disepadu dengan lorong bas yang khusus, laluan berbasikal yang baru serta laluan pejalan kaki yang lebih luas, dengan penumpang boleh mudah bertukar antara menaiki bas, berjalan atau berbasikal untuk menuju ke destinasi masing-masing.



Selain menghubungkan penumpang dengan stesen MRT baru itu, TPC itu juga akan menghubungkan penduduk di kawasan Sin Ming dengan tempat riadah seperti Taman Bishan-Ang Mo Kio.



"CRL adalah penting dalam usaha kita mencapai sasaran 90 peratus perjalanan waktu sibuk dilakukan dengan berjalan, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam dalam kurang 45 minit.



"Lebih 600,000 penumpang dijangka menggunakan CRL apabila ia mula berkhidmat pada 2030. Ini akan bertambah kepada lebih sejuta dalam jangka masa panjang," ujar Encik Iswaran.



CRL akan dibina dan dibuka dalam tiga fasa.



Fasa pertama CRL - yang sepanjang 29 kilometer - merangkumi 12 stesen iaitu Bright Hill, Teck Ghee, Ang Mo Kio, Tavistock, Serangoon North, Hougang, Defu, Tampines North, Pasir Ris, Pasir Ris East, Loyang dan Aviation Park.



Fasa pertama CRL akan dihubungkan dengan Laluan Timur-Barat (EWL) di stesen Pasir Ris, Laluan Timur Laut (NEL) di stesen Hougang, Laluan Utara-Selatan (NSL) di stesen Ang Mo Kio dan Laluan Thomson-East Coast (TEL) di stesen Bright Hill.



LTA juga sedang menawarkan tender secara bertahap bagi fasa kedua CRL yang merangkumi enam stesen dari Turf City ke Jurong Lake District, sementara kajian kejuruteraan sedang berlangsung bagi fasa ketiga.



Oleh kerana CRL merentasi seluruh pulau, Encik Iswaran berkata kerja membinanya akan menguji kecekalan profesional jurutera dan semua rakan kerja yang terlibat.



"Ini bermakna perlunya membina terowong menembusi pelbagai jenis keadaan tanah di kawasan yang berbeza, daripada tanah lumpur laut yang lembut kepada batu yang amat keras.



"Mesin khas dan langkah berjaga-jaga tambahan diperlukan untuk memastikan keselamatan pekerja, kestabilan tanah dan integriti bangunan yang berdekatan," ujarnya.



Oleh itu, LTA dan rakan kerjanya telah memanfaatkan pelbagai teknologi untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan binaan.



Namun selain inovasi kejuruteraan, Encik Iswaran berkata kerja binaan besar seperti projek CRL itu yang dekat dengan kawasan yang sudah terbina dengan banyak bangunan juga memerlukan ketepatan dan perancangan yang amat teliti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >