Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Landasan ujian MRT berkelajuan tinggi siap dibina

Nov 02, 2023 | 04:24 PM



Pembinaan landasan ujian tren MRT berkelajuan tinggi di pusat ujian di Tuas, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, telah siap.

Landasan sepanjang 3 kilometer itu akan membolehkan tren diuji pada kelajuan sehingga 100 kilometer sejam sebagai sebahagian daripada fasa pertama Pusat Ujian Kereta Api Singapura (SRTC).

Dua tren baru, yang akan digunakan untuk Peringkat 6 Laluan Circle (CCL) pada 2026, sedang diuji di SRTC, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis.


Peringkat 6 CCL akan menambah tiga lagi stesen MRT antara stesen HarbourFront dengan Marina Bay, sekali gus menghubungkan kedua-dua stesen itu.

SRTC, yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Ujian Kereta Api Bersepadu, dijangka siap sepenuhnya pada 2025. Kerja pembinaan pusat itu kini sekitar 85 peratus siap.


Dijadualkan siap pada 2024 pada asalnya, projek bernilai $640 juta itu ditangguhkan setahun akibat pandemik Covid-19.

Fasa kedua pembinaan SRTC melibatkan pembinaan dua landasan ujian lain serta pusat kawalan operasi, bangunan pentadbiran serta bengkel penyelenggaraan dan baik pulih.

Trek ujian lain adalah trek daya ketahanan berlingkar sepanjang 3 kilometer dan trek prestasi dan penyepaduan sepanjang 2.8 kilometer.

Apabila beroperasi sepenuhnya, SRTC membolehkan Singapura menjalankan ujian rel dalam keadaan yang menyerupai laluan MRT, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pada Khamis di satu acara bagi menandakan siapnya fasa pertama pusat ujian itu.

Encik Chee berkata: “Rangkaian yang semakin menua memerlukan lebih banyak penyelenggaraan dan SRTC boleh membantu dari segi itu.”

SRTC membolehkan ujian dilakukan sepanjang masa kerana ia jauh dari kawasan kediaman.

Ia terletak di sebuah tapak seluas 50 hektar yang pernah menempatkan Raffles Country Club. Tanah itu diperoleh pada 2018 untuk projek kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dengan Kuala Lumpur yang kini dibatalkan.

Biasanya, ujian di landasan MRT hanya boleh dilakukan antara 1 pagi dengan 4 pagi, apabila perkhidmatan tren tamat. Jika ujian tidak dapat diselesaikan tepat pada masa, stesen MRT akan dibuka lewat.

“Masa yang digunakan untuk ujian (di landasan pada waktu malam) adalah masa yang boleh kami gunakan untuk menyelenggara dan servis landasan kami dan sistem rel yang lain,” jelas Encik Chee.

Dengan SRTC, lebih banyak waktu kejuruteraan boleh dibebaskan untuk penyelenggaraan landasan.


Encik Chee berkata Singapura sebelum ini terpaksa bergantung kepada pusat luar negara untuk menguji aset rel baru seperti kereta api dan sistem isyarat.

Sebagai contoh, armada tren kedua untuk laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat diuji di Prague, ibu negara Republik Czech, pada awal 1990-an.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >