Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah MOE sokong perkembangan dalam kejuruteraan, teknologi bagi masa depan S’pura

Jul 26, 2023 | 07:39 PM



Sebagai usaha memupuk minat pendidikan dalam bidang sains dan teknologi, Kementerian Pendidikan (MOE) memperkenalkan Biasiswa Program Kejuruteraan dan Teknologi (ETPS) untuk pelajar prauniversiti mulai tahun ini.

Program itu berusaha memastikan pelbagai bakat dapat dihasilkan dengan menyediakan lebih banyak peluang menimba ilmu dan mengasah kemahiran dalam bidang itu.

Tahun ini, 200 pelajar menerima biasiswa tersebut dalam majlis penyampaian di Auditorium Ho Bee, Universiti Nasional Singapura pada Rabu.

Berucap di majlis penyampaian itu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata ETPS Kejuruteraan dan sains sangat penting bagi kita sebagai sebuah negara.

“Kualiti hidup kita dan jenis peluang ekonomi yang kita ada dalam bergerak ke hadapan akan sangat bergantung pada kualiti sains dan teknologi serta keupayaan kejuruteraan kita,” kata beliau.

Menurutnya lagi, jurutera adalah inovator dan pencipta masa depan kita. Ia akan menjadi lebih penting pada masa depan.

“Dalam dunia yang semakin terhubung ini, adalah lebih penting bagi kita untuk mengukuhkan keupayaan sains dan kejuruteraan kita. Dan kami mahu mereka mula pada usia muda. Itulah sebabnya kami memulakan biasiswa ini untuk menghantar isyarat kuat tentang penekanan berterusan kita terhadap sains dan teknologi, bersama kejuruteraan.

“Kita mahu memberi inspirasi kepada satu lagi generasi saintis, ahli teknologi dan jurutera untuk membantu membina masa depan kita bersama,” kata beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada para penerima biasiswa yang telah menunjukkan prestasi baik dan minat dalam Stem dan menerima cabaran untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembinaan negara masa depan melalui kejuruteraan dan teknologi.

Lebih 500 dari kesemua pusat prauniversiti memohon. Selain aspek akademik, proses pemilihan mengambil kira aspek inovatif, kreatif, ada rasa ingin tahu dan minat untuk memperbaik masyarakat dan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >