Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah nilai tanah bagi bina flat HDB pada 'kos sejarah' tidak wajar

Desmond: Nilai tanah pada kos sejarah kelihatan menarik tetapi 'amat bermasalah'; sebaliknya urus niaga harus dilaksana berdasar nilai hartanah hari ini
Jan 11, 2023 | 05:30 AM



LANGKAH untuk menilai tanah negara yang ditujukan bagi pembinaan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada kos sejarah "tidak boleh digunakan" kerana ia bermakna tanah tersebut akan dijual pada harga di bawah nilainya hari ini.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata urus niaga harus dilakukan berdasarkan nilai hartanah itu dalam pasaran hari ini.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam ketika menjawab soalan tentang bagaimana tanah yang digunakan bagi estet HDB dinilai, dan dalam memberi respons kepada komen yang dibuat Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, baru-baru ini mengenai sejarah kos tanah.



Encik Lee berkata idea menilai tanah pada kos sejarah kelihatan menarik tetapi "amat bermasalah" dan kebanyakan orang akan memahami mengapa langkah itu adalah "salah".



"Jika tanah itu diperoleh pemerintah pada tahun 1960-an, HDB membayar tanah itu pada harga 1960-an. Jika tanah itu diperoleh baru-baru ini, katakan pada 2015, maka HDB membayar harga 2015 yang jauh lebih tinggi daripada sebelumnya.



"Dan bagaimana jika tanah itu selama ini adalah tanah negara dan tidak pernah diperoleh oleh sesiapa atau daripada sesiapa? Adakah nilai tanah negara pada kos sejarah sifar, iaitu, HDB tidak membayar apa-apa? Atau adakah kita kembali ke 1819 atau lebih kurang, atau lebih jauh ke belakang masa untuk cuba mencari rekod transaksi sejarah yang dibuat dan mengatakan itu adalah harganya?



"Saya fikir kebanyakan orang akan faham mengapa ini salah," kata beliau.



Bulan lalu, Encik Leong dalam satu catatan di Facebook pada 8 Disember menulis bahawa kos tanah harus "dikecualikan" daripada harga flat HDB kerana kebanyakan tanah yang digunakan bagi pembinaan flat HDB dijual kepada pemerintah pada tahun 1970-an dan 1980-an pada harga yang agak rendah.



Encik Leong berpandangan bahawa harga flat HDB harus hanya mengambil kira kos binaan dan perbezaan harga bergantung pada lokasi agar harga flat lebih rendah.



Memberi respons tentang isu nilai tanah itu, Encik Lee berkata cadangan Encik Leong bagi menilai tanah negara yang ditujukan untuk membina flat HDB pada harga sejarah tidak boleh digunakan.



"Oleh itu, apabila Encik Leong menyeru supaya tanah dijual pada kos sejarah, beliau menterbalikkan perkara asas bahawa tanah mempunyai nilai," kata Encik Lee.



Beliau menambah bahawa apabila seseorang mahu menjual hartanah, sama ada flat HDB, kondominium, rumah teres, rumah kedai atau pejabat, mereka akan melihat pada nilainya dalam pasaran hari ini dan menggunakan nilai itu sebagai asas untuk berurus niaga dan berunding.



Misalnya, generasi rakyat Singapura lebih berusia yang membeli flat mereka pada harga lebih rendah tidak sepatutnya menjual hartanah mereka pada harga yang dibayar beberapa dekad lalu.



"Bayangkan warga emas kita, yang mungkin pada masa lalu meraih pendapatan $500 sebulan... dan telah membayar $50,000 bagi flatnya dahulu... Jika kita ambil pendekatan Encik Leong, adakah warga emas itu akan perlu menjual flatnya hanya tinggi sedikit daripada $50,000 - atau malah, dengan wang tunai melebihi taksiran sejarah?



"Adakah anak-anak dan keturunannya mewarisi flat yang nilainya sama seperti tahun 1960-an dahulu, yang sangat sedikit berbanding harga hari ini?" kata beliau.



"Kami tahu bahawa Encik Leong membuat cadangan yang menarik pada permukaannya sahaja, tetapi kami tahu bahawa cadangan itu tidak adil, tidak logik dan tidak boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan prinsip penilaian yang telah lama digunakan dan diterima dengan baik," tambah Encik Lee.



LAPORAN LAIN



PARLIMEN






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >