Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah Thailand sahkan ganja bawa lebih cabaran pada pegangan antidadah S'pura: Shanmugam

Sep 01, 2022 | 10:38 PM



AKSES lebih mudah bagi mendapatkan ganja di negara-negara jiran akan membawa cabaran bagi memastikan Singapura bebas dadah, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Khamis (1 September).



Thailand menjadi negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja serata negara pada 9 Jun. Negara ini telah mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik.



Menurut Encik Shanmugam, dalam tempoh seminggu, ganja ada di mana-mana: dalam minuman, makanan, ubat gigi dan biskut 'cookies'.



"Adanya secara bebas ganja di Thailand, negara yang ramai warga Singapura kunjungi dan kebanyakan pelancong negara itu pula datang ke sini, akan membawa lebih banyak cabaran," kata beliau di saluran berita Malaysia, Astro Awani.



Beliau menjelaskan bagaimana pihak berkuasa di Thailand telah cuba mengawal kesan membenarkan penggunaan ganja tetapi menekankan kesukaran mengawal penggunaannya.



Encik Shanmugam berkata demikian dalam satu wawancara bersama pengacara Astro Awani, Melisa Idris, yang juga bertanya bagaimana rancangan Malaysia membolehkan penggunaan ganja marijuana bagi tujuan perubatan akan membawa kesan buat Singapura.



Kata Encik Shanmugam: "Jika Malaysia membenarkan ganja atau dadah lain dan melihat pada lebih ramai orang berulang-alik dari Malaysia ke Singapura, berbanding dari Thailand ke Singapura, tentunya ia akan lebih mencabar dari segi penguatkuasaan undang-undang dan usaha memastikan Singapura kekal bebas daripada dadah."



Beliau menekankan bahawa kajian menunjukkan bahawa dadah ini menyebabkan ketagihan dan boleh membawa pada kerosakan otak yang payah kembali seperti asal, pengecutan otak dan penyakit mental dan psikiatrik yang serius.



Encik Shanmugam yang merujuk pada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) berkata rantau Timur adan Asia Tenggara secara benar-benar persis berenang dalam dadah methamphetamin, dengan lebih satu bilion pil dirampas di rantau ini tahun lalu dan jenayah tersusun pula menganggap "rantau ini seperti sebuah taman permainan".



Kerana bekalan methamphetamin di rantau ini yang banyak, dadah itu menjadi lebih murah dan dan lebih senang diperolehi tetapi undang-undang Singapura yang tegas menjadikan negara ini selamat.



Ditanya tentang kritikan antarabangsa mengenai pelaksanaan hukuman gantung di Singapura, Encik Shanmugam menjelaskan ribuan nyawa dapat diselamatkan menerusi undang-undang tegas berhubung dengan dadah.



Beliau menukil rencana Financial Times pada 25 Ogos yang menegaskan bahawa semua kecuali tiga daripada 21 negara tanah besar Amerika Latin  kini adalah negara sumber transit utama bagi kokain, jelas UNODC.



18 negara ini berdepan dengan masalah seperti penculikan dan jenayah, kata Encik Shanmugam, mempersoal siapa yang melihat pada usaha melindungi hidup mangsa jenayah ini.



Dalam mempertahankan pendekatan tegas Singapura terhadap dadah, beliau merujuk pada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) daripada Ogos tahun lalu yang berkata bahawa 500,000 orang meninggal setiap tahun kerana penggunaan dadah.



Encik Shanmugam juga merujuk pada data Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat yang menyatakan 100,000 orang di Amerika Syarikat meninggal dunia tahun lalu kerana pengambilan dadah berlebihan.



Beliau juga berkata 80 bayi dilahirkan setiap hari dengan sindrom 'neonatal abstinence' yang boleh menyebabkan bayi bergantung pada dadah sejurus lahir yang dilaporkan CDC dengan menggunakan data 2017.



Encik Shanmugam juga merujuk pada satu lagi rencana Financial Times awal tahun ini bahawa opioid mengurangkan setahun daripada jangka hayat lelaki di Amerika Syarikat secara purata.



"Ini merupakan jumlah yang besar tetapi anda tahu, kita fokus pada beberapa pengedar dadah. Tetapi ratusan ribu nyawa, apakah kita tidak berihsan terhadap mereka?" kata Encik Shanmugam.



Apabila pengacara bertanya jika pemerintah Singapura mempertimbang semula hukuman gantung wajib ini dengan cara serupa seperti Seksyen 377A dipertimbang semula kerana sikap yang telah berubah dengan ketara, Encik Shanmugam  berkata kededua isu ini agak berbeza sedikit.



"Ia adalah...soalan berfalsafah apabila manusia fikir apabila sesebuah negara menghukum mati seseorang - haruskah ia melakukannya atau tidak? Dan perkara ini terikat dengan soalan berfalsafah lain yang mempunyai akibat kehidupan sebenar seperti - bolehkah anda menghukum mati walaupun anda yakin bahawa lebih banyak nyawa akan diselamatkan?" tambahnya.



Encik Shanmugam juga berkata walaupun terdapat bantahan antarabangsa terhadap hukuman gantung wajib ini, kedudukan Singapura tidak tergugat malahan lebih utuh lagi dengan ada pihak mahu melabur dan berpindah ke Singapura.



"Setelah melihat faktanya, setelah melihat datanya, saya akan katakan adalah menjadi tugas saya untuk terus cuba dan menggesa warga SIngapura bahawa dengan adanya hukuman mati, ia menjadi semacam halangan serius dan ia memastikan Singapura selamat...



"Lebih mustahak lagi, ia menyelamatkan ribuan nyawa dan kita tidak akan terjerumus dalam keadaan huru-hara yang banyak melanda negara lain," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >