Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan belajar sayap wanita dan PAP Muda ke China

Oct 27, 2023 | 03:32 PM



Satu rombongan seramai 24 anggota terdiri daripada ahli Sayap Wanita (WW) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan PAP Muda (YP) telah berangkat ke Beijing, China, pada Khamis bagi satu lawatan pembelajaran bersama Parti Komunis China (CPC).

Lawatan itu berlangsung selama empat hari dan diterajui bersama Pengerusi YP, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary; dan Pengerusi WW PAP, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.

Dalam kenyataannya pada Khamis, PAP berkata lawatan itu adalah lanjutan usaha penukaran idea antara parti PAP dengan CPC.

Ia adalah susulan kepada lawatan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ke China pada Mac 2023 apabila beliau bertemu dengan Presiden Republik Rakyat China, Encik Xi Jinping – kedua-dua mereka merupakan pemimpin parti politik masing-masing.

Dalam lawatan itu, kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju melanjutkan penukaran antara kedua-dua parti.

PAP berkata peserta rombongan itu termasuk Anggota Parlimen PAP, Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson), dan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris–Punggol)

Pengerusi cabang dua kawasan undi, Cik Chan Hui Yuh (GRC Aljunied), dan Cik Theodora Lai (GRC Sengkang), serta anggota jawatankuasa eksekutif WW dan YP juga turut serta.

PAP berkata, rombongan itu akan dihos Jabatan Antarabangsa CPC dan akan bertemu dengan Liga Belia Komunis (CYL) serta Persekutuan Wanita Seluruh China (ACWE).

Ia akan melawat Sekolah Parti Pusat, serta jabatan publisiti dan antarabangsa CPC.

Rombongan itu juga akan berkunjung ke Kampung Si Du He dan bertemu dengan kader CPC untuk mempelajari tentang usaha pembangunan kawasan terpencil.

Cik Sim berkata lawatan ini adalah sebahagian usaha berterusan PAP untuk mengekalkan dan mengeratkan hubungan mereka bersama parti politik luar negara.

“Kami menghargai peluang untuk memahami secara langsung pelbagai konteks di mana parti politik beroperasi dan bagaimana mereka menawarkan khidmat kepada orang awam.”

Dr Puthucheary berkata PAP telah mengadakan penukaran secara kerap bersama CPC sejak kian lamanya.

Beliau berharap pihaknya dapat mengemas kini pengetahuan mereka terhadap CPC dan matlamat keutamaan mereka, serta mempererat persahabatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >