Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan pertama PM Lee ke China dalam 4 tahun

Dijadual temu Presiden Xi dan perdana menteri baru China
Mar 28, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tiba di Guangzhou pada Isnin bagi lawatan pertamanya ke China dalam tempoh empat tahun.



Encik Lee, yang diiringi isteri Cik Ho Ching dan delegasi sekitar 50 pegawai Singapura, disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun sekitar tengah hari oleh pegawai kanan China.



Antaranya ialah Naib Gabenor Guangdong, Encik Zhang Xin; Duta Besar China ke Singapura, Cik Sun Haiyan; Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Guangdong, Cik Liu Chenzi; dan Naib Datuk Bandar Guangzhou, Cik Tan Ping.



Guangzhou, bandar yang terletak di sebelah selatan China, adalah persinggahan pertama PM Lee dalam rangka lawatannya selama seminggu, menurut laporan The Straits Times.



Beliau akan dijamu makan tengah hari oleh setiausaha parti Guangdong, Encik Huang Kunming, serta bertemu warga Singapura di sana.



Encik Lee juga akan memberikan ucapan di Forum Boao sempena Sidang Tahunan Asia di Hainan sebelum ke Beijing, di mana beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, dan perdana menteri yang baru dilantik, Encik Li Qiang.



Mereka akan menganjurkan majlis selamat datang dan jamuan makan tengah hari untuk delegasi Singapura.



Encik Lee juga akan bertemu dengan pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Encik Zhao Leji; pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, Encik Wang Huning; dan setiausaha parti Beijing, Encik Yin Li.



Pada lawatan kali ini, beliau diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Lawatan terakhir Encik Lee ke China adalah pada April 2019 semasa beliau menghadiri Forum Belt and Road kedua di Beijing.



Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan juga akan membentuk sebahagian daripada delegasi ke China.



Lawatan peringkat tinggi antara pegawai dari kedua-dua negara telah disambung semula sejak penghujung 2022.



Naib Perdana Menteri China pada waktu itu, Encik Han Zheng, melawat Singapura pada November untuk mesyuarat peringkat tinggi tahunan bersama Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, melawat Xi'an pada November dan bertemu rakan sejawatannya, Encik Wei Fenghe.



Dr Balakrishnan membuat lawatan tiga hari ke Beijing pada Februari, di mana beliau bertemu dengan rakan sejawatannya, Encik Qin Gang.



Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan memangku jawatan Perdana Menteri dari Isnin hingga Selasa.



Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan memangku jawatan itu dari Rabu hingga Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >