Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 jemaah haji S’pura terkandas di Changi

Ekoran penerbangan ditangguh kerana pesawat dikatakan hadapi ‘masalah teknikal’; penerbangan pagi Jumaat ditunda ke pagi Sabtu
Jun 23, 2023 | 03:02 PM



Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga untuk berangkat menunaikan haji, lebih 100 jemaah Singapura berpatah balik pada pagi Jumaat apabila penerbangan mereka ditangguh, dipercayai kerana masalah teknikal. 

Pesawat mereka seharusnya berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, sekitar 4 pagi pada Jumaat tetapi ia terkandas di landasan.

Penumpang penerbangan Saudia SV3621 itu dikatakan menunggu di dalam pesawat tersebut lebih empat jam sebelum akhirnya diminta turun beberapa jam kemudian.

Encik Apandi Radi, 66 tahun, dan anaknya, Encik Muhammad Suffian Apandi, 40 tahun, antara jemaah yang terjejas.

Encik Apandi menerima undangan menunaikan haji pada 2019, tetapi beliau menangguhkannya disebabkan masalah kewangan. Beliau diberi peluang sekali lagi tahun ini dan menerimanya.

Anggota keluarga mereka berada di lapangan terbang untuk menghantar mereka semalam.

Encik Suffian berkata pada mulanya mereka tidak sedar penerbangannya mengalami masalah.

“Saya sebenarnya sudah tertidur kerana masa berkumpul sangat awal pagi ini (Jumaat).

“Sebaik sahaja saya masuk pesawat, saya pun tertidur. Jadi apabila saya terbangun, saya terkejut sangat apabila melihat di luar tingkap dan mendapati kami masih di landasan dan belum berlepas,” kata beliau.

Encik Suffian menambah bahawa setelah sekitar empat hingga lima jam, penumpang disuruh turun dari kapal terbang.

Meskipun berasa kecewa, beliau berkata keselamatan penumpang memang harus diutamakan.

Ditanya apakah jadualnya terjejas dengan penangguhan itu, Encik Suffian berkata sejauh ini ia tidak menjejas sebarang jadual yang dirancang di Tanah Suci.

“Alhamdulillah kami semua okay saja. Saya juga tidak khuatir sangat mengenai keadaan bapa saya kerana beliau masih dalam keadaan biasa sahaja.

“Tapi nampak juga yang beliau berasa lebih selesa apabila dapat turun dari kapal terbang kerana dapat meregang dan ambil udara segar,” tambahnya.

Berita Harian (BH) difahamkan bahawa lebih 100 jemaah itu adalah daripada agensi Hahnemann Travel, TM Fouzy Travel and Tours serta Shahidah Travel and Tours.


Pengarah TM Fouzy Travel & Tours, Tengku Madihah Fathiyyatul Fauziyyah Tengku Mohamad Fouzy Jumat, berkata kakitangannya telah dimaklumkan tentang keadaan tersebut pada sekitar 6 pagi.

“Sekitar waktu subuh, pegawai yang mengikuti jemaah kami telah memaklumkan bahawa mereka masih belum bertolak dan masih berada di Singapura.

“Kemudian kami mendapat berita sekitar 8 pagi bahawa jemaah dibenarkan pulang ke rumah dan diminta menunggu pesawat lain pagi esok (Sabtu),” ujar Tengku Madihah, sambil mengatakan sekitar 79 jemaah TM Fouzy terjejas.

Cik Madihah berkata pihaknya terus berhubungan rapat dengan jemaah untuk memberi mereka maklumat terkini tentang keberangkatan mereka.

Pada petang Jumaat, BH difahamkan bahawa jemaah telah diminta berkumpul kembali di Lapangan Terbang Changi sekitar 12 tengah malam Sabtu.

Menurut laman Lapangan Terbang Changi, penerbangan itu telah dijadual semula untuk berangkat pada 3 pagi Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >