Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih 190,000 warga emas dilatih bagi program transformasi digital

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM Transformasi Digital untuk Warga Emas telah mendekati dan melatih lebih 190,000 warga emas sejak Pejabat Digital SG (SDO) ditubuhkan pada Jun 2020.



Program itu memberi tumpuan pada usaha melatih dan mengupayakan warga emas menggunakan alat digital dalam kehidupan harian mereka, seperti menggunakan telefon bijak untuk menggunakan perkhidmatan pemerintah seperti SingPass dan khidmat kesihatan, serta untuk berkomunikasi dan menjalankan urus niaga di dalam talian.



Memberi perangkaan itu di Parlimen semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata hasilnya adalah menggalakkan.



Cik Teo berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) dan Encik Desmond Choo (GRC Tampines) yang ingin tahu maklumat terkini tentang program tersebut dan sama ada terdapat rancangan untuk membantu warga emas mengelak daripada penipuan dalam talian.



Dalam satu tinjauan tahun lalu bersama warga emas sebulan selepas didekati SDO, beliau berkata sekitar 90 peratus warga emas berkata mereka terus menggunakan kemahiran digital yang mereka pelajari dalam kehidupan harian mereka.



Tambahnya, program khusus juga telah dilaksana untuk memperkukuh keupayaan warga emas menangani ancaman siber seperti penipuan.



Sebagai contoh, Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura mempunyai program keselamatan siber bagi warga emas, yang dinamakan Program Keselamatan Siber Warga Emas SG, yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta menggalak warga emas mengikut amalan keselamatan siber.



Program itu telah mendekati lebih 45,000 warga emas sejak ia dilancarkan.



Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) juga telah melaksana usaha pendidikan awam yang khusus dan meluas



Melengkapi program pemerintah itu, Cik Teo menarik perhatian bahawa gerakan Digital Sepanjang Hayat dilancarkan tahun lalu untuk menggembleng sokongan sektor awam, swasta dan rakyat serta inisiatif masyarakat untuk membantu warga Singapura meraih keyakinan dalam usaha mendakap digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >