Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 24,000 raih manfaat program tukar kerjaya antara 2019-2021

Tiga CCP paling laris termasuk bagi penyelaras pengangkutan udara, sektor perkhidmatan kewangan dan karyawan hotel
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



LEBIH daripada 24,000 warga Singapura telah meraih manfaat daripada Program Penukaran Kerjaya (CCP) antara 2019 dengan tahun lalu.



Daripada angka tersebut, hampir separuh merupakan pekerja matang berusia 40 tahun ke atas.



Tiga CCP teratas semasa tempoh ini termasuk bagi penyelaras pengangkutan udara, sektor perkhidmatan kewangan dan karyawan hotel.



Dalam respons e-melnya kepada Berita Harian (BH), seorang jurucakap Tenaga Kerja Singapura (WSG) berkata pada 2020, agensi tersebut telah mempertingkat cara penempatan semula pekerjaan di bawah CCP untuk membantu perniagaan dalam sektor yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.



Ini termasuk perhotelan dan pengangkutan udara, bagi melatih semula pekerja dan mengelakkan pembuangan kerja.



Ini menyumbang kepada sekitar 65 peratus peningkatan kepada penempatan di bawah CCP.



"Dengan sempadan yang dibuka semula dan ekonomi bertambah baik menyebabkan pasaran buruh yang lebih optimistik, kami lihat peralihan dalam penempatan CCP tahun lalu.



"Tahun lalu sekitar 75 peratus penempatan CCP merupakan pekerja baru di bawah mode Diambil dan Dilatih (PnT) yang konsisten dengan penempatan pada 2018 dan 2019," kata jurucakap itu.



CCP disasarkan kepada mereka yang berada dalam pertengahan kerjaya untuk menjalani penukaran kemahiran dan beralih ke pekerjaan atau sektor baru yang mempunyai prospek dan peluang baik untuk maju.



Antaranya termasuk bidang kejururawatan.



Sejak 2003, sekitar 1,700 penduduk setempat yang berkerjaya pertengahan telah menyertai CCP berkaitan kejururawatan.



Ini termasuk CCP bagi Jururawat Berdaftar menerusi program ijazah, CCP bagi Jururawat Berdaftar (diploma) dan CCP bagi Jururawat Pendaftaran.



Dalam menyokong Pelan Hijau Singapura 2030, WSG akan bekerjasama dengan agensi sektor relevan serta pemegang taruhan industri untuk mengenal pasti dan membangunkan CCP baru bagi membenarkan tenaga kerja di sini mengaup peluang pekerjaan baru yang dihasilkan ekonomi hijau.



Ini juga bagi menyokong peralihan pekerja yang terjejas dengan "penghijauan" bagi peranan baru masa kini.



"Sebahagian CCP hijau baru yang telah atau akan diperkenalkan termasuk CCP bagi karyawan pembersihan dan tenaga yang diperbaharui serta CCP bagi pakar atau operator pertanian dan CCP bagi karyawan kemampanan," kata jurucakap itu lagi.



WSG, kata jurucakap itu lagi, juga akan perkenalkan CCP baru bagi menumpukan kepada pekerjaan berbanding sektor memandangkan pekerjaan di semua industri kini sedang diubah dan pekerjaan baru dihasilkan.



"Seperti contoh WSG telah lancarkan satu CCP bagi eksekutif syarikat kecil dan sederhana (SME), pada Januari lalu bagi menyokong SME yang perlu ambil pekerja.



"Sejak itu lebih daripada 500 individu telah ditempatkan di bawah CCP," katanya.



Jurucakap itu menambah CCP yang amat popular dengan SME termasuk karyawan, kegiatan saintifik dan teknikal, dagangan borong dan runcit serta pengilangan.



Peranan yang paling dikehendaki termasuk sumber manusia, pentadbiran dan kewangan, serta penjualan dan pemasaran.



CCP akan membantu SMS mengambil dan melatih semula karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) pertengahan kerjaya untuk memikul peranan pekerjaan baru dalam sekitaran SME.




PERALIHAN DALAM PENEMPATAN CCP TAHUN LALU



"Dengan sempadan yang dibuka semula dan ekonomi bertambah baik menyebabkan pasaran buruh yang lebih optimistik, kami lihat peralihan dalam penempatan CCP tahun lalu.



Tahun lalu sekitar 75 peratus penempatan CCP merupakan pekerja baru di bawah mode Diambil dan Dilatih (PnT) yang konsisten dengan penempatan pada 2018 dan 2019."
- Jurucakap Tenaga Kerja Singapura (WSG).




APA ITU CCP



Program Penukaran Kerjaya (CCP) disasarkan kepada mereka yang berada dalam pertengahan kerjaya untuk menjalani penukaran kemahiran dan beralih ke pekerjaan atau sektor baru yang mempunyai prospek dan peluang baik untuk maju.



JENIS CCP:



  • Diambil dan Dilatih (PnT): Individu pertengahan kerjaya diambil kerja oleh majikan yang turut serta sebelum menjalani latihan bagi peranan kerja baru.

  • Penempatan dan Latihan (AnT): Individu kerjaya pertengahan ditawarkan dengan latihan dan penempatan kerja, sebelum diambil kerja, menerusi rakan-rakan industri dalam sektor membangun dengan peluang kerja masa depan yang baik.

  • Penugasan Semula/Rekaan Semula Pekerjaan (JR) Memahirkan Semula: Disasarkan kepada syarikat yang menjalani transformasi perniagaan, dan di mana pekerja masa kini berisiko berhadapan lewahan kerja atau pekerjaan rentan akibat transformasi. Pekerja ini akan ditawarkan dengan latihan bagi peranan kerja baru atau peranan kerja yang direka semula dalam syarikat yang sama.

MANFAAT CCP:



  • Menyelaras pengambilan kerja mereka yang tukar kerjaya bagi penuhi keperluan tenaga manusia.

  • Bantu individu kerjaya pertengahan untuk kemahiran semula dan mengambil peranan pekerjaan baru.

  • Memanfaatkan latihan berstruktur industri yang dikenal pasti.

  • Penugasan semula tenaga kerja yang ada sebagai sebahagian daripada transformasi perniagaan.

  • Mengurangkan lewahan dan memahirkan semula pekerja yang berkemahiran untuk menjalankan peranan pekerjaan baru.

  • Memanfaatkan dana pemerintah menerusi Geran Yuran Kursus dan Sokongan Gaji/ Elauns Latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >