Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,000 askar S’pura sertai latihan Wallaby 2023 di Queensland, Australia

Oct 12, 2023 | 09:01 AM



Lebih 4,000 kakitangan dan 300 peralatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Angkatan Laut Republik Singapura  (RSN), dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah turut serta dalam latihan Wallaby 2023 di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA) di Queensland, Australia, menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Rabu.

Latihan Wallaby yang merupakan latihan luar negara terbesar SAF, berlangsung dari 7 September hingga 15 Oktober.

Sempena latihan tersebut, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad telah melawat pasukan SAF yang mengambil bahagian dalam latihan tersebut pada Rabu.

Semasa lawatan, Encik Zaqy telah diberi taklimat mengenai pengendalian latihan itu, dan menyaksikan latihan Tembakan Peluru Betul Batalion Bermotor, melibatkan Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex (ICV) dan Kenderaan Sokongan Kombat Dilindungi (PCSV).

Latihan itu juga menampilkan tembakan peluru betul bersepadu darat dan udara oleh helikopter penggempur AH-64D Apache dan jet pejuang F-16D+ milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), serta Mortar Belrex PCSV.

Encik Zaqy menaiki Terrex ICV bagi sesi suai kenal dan berinteraksi dengan peserta latihan dari Batalion Kedua Rejimen Infantri Singapura (2SIR) dan Detasmen Oakey RSAF.

Beliau juga menaiki pesawat CH-47F RSAF melalui SWBTA sebagai menghargai kemajuan pembangunan bersama SWBTA yang diperluaskan, dan berada dalam jadual untuk siap pada 2024.

Kemudahan latihan lanjutan seperti Kemudahan Menembak Peluru Hidup Operasi Bandar dan Kawasan Senjata Gabungan Udara-Darat boleh digunakan oleh SAF dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) untuk menjalankan latihan bersepadu berskala besar serta tembakan peluru betul dalam sekitaran bandar sebenar.

Encik Zaqy berkata:

“Latihan Wallaby telah membolehkan SAF menjalankan latihan yang kompleks dan berskala besar dalam kawasan bersaiz empat kali ganda Singapura.”

Beliau menjelaskan manfaat kemudahan ini kepada SAF dan ADF di mana peluang latihan di luar negara sebegini akan memastikan SAF kekal berkesan dan berkemampuan dalam mempertahankan Singapura apabila perlu.

Encik Zaqy berkata nilai di sebalik latihan luar negara SAF sebagai kunci utama latihan realistik dan berkualiti tinggi untuk SAF, dan melahirkan penghargaannya terhadap sokongan kukuh Australia bagi latihan SAF di SWBTA.

“Tahun ini, kami mempunyai unit dari SAF, RSAF, serta RSN dalam pelbagai latihan, termasuk penglibatan jet pejuang F-16 RSAF selepas tujuh tahun tidak dilibatkan. Saya juga berbesar hati untuk memaklumkan bahawa pembangunan SWBTA mengikut jadual yang betul untuk disiapkan pada tahun hadapan,” jelas beliau.

Encik Zaqy turut melahirkan penghargaannya terhadap sokongan pemerintah Australia, ADF dan masyarakat setempat bagi latihan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >