Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 50 sajian menarik nanti peserta dalam Raikan Ilmu@Heartlands

Jul 01, 2023 | 03:44 PM



Lebih 50 aktiviti menarik daripada 30 rakan kongsi menanti peserta dalam Raikan Ilmu@Heartlands anjuran Yayasan Mendaki.

Ini termasuk jejak pembelajaran atau learning journeys yang diaturkan beberapa anggota parlimen (AP) Melayu.

Mengumumkan tawaran menarik yang tersedia bagi Raikan Ilmu@Heartlands 2023, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata aktiviti-aktiviti ini direka khas bagi lapisan masyarakat yang berbeza – kanak-kanak dan ibu bapa; belia; serta pekerja.

Encik Masagos berkata demikian semasa pelancaran Raikan Ilmu@Heartlands di One Punggol pada 1 Julai.

Kempen Raikan Ilmu yang bertujuan menggalakkan masyarakat Melayu/Islam meraikan ilmu dan mendakap pembelajaran sepanjang hayat telah dimulakan sejak 2016.

Namun, tahun ini merupakan kali pertama empat festival Raikan Ilmu@Heartlands diadakan di beberapa estet perumahan untuk mendekati penduduk.

Berikutan pelancarannya di Punggol pada Sabtu, Raikan Ilmu@Heartlands akan diadakan di Wisma Geylang Serai (8 Julai), IMM di Jurong (17 hingga 23 Julai) dan Kampung Admiralty (29 Julai).

Mengulas tentang acara yang diadakan di One Punggol, Encik Masagos berkata:

“Ada beberapa aspek yang kita mahu tingkatkan. Pertama sekali adalah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka dan ini adalah satu ciri di mana pada setiap reruai yang ada, ia melibatkan ibu bapa dengan anak-anak mereka untuk menjalankan aktiviti tertentu.

“Kedua, saya lihat ada usaha menitikberatkan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)...dan ini adalah satu bidang yang penting dalam ekonomi baru.”

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam aktiviti STEM dan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) seperti mengendalikan dron dan membina kereta robot, serta mengambil bahagian dalam jejak pembelajaran ke Mahkamah Tinggi, Parlimen dan syarikat Rolls-Royce untuk meneroka pelbagai peluang kerjaya yang ada.

Jejak pembelajaran itu adalah hasil kerjasama Mendaki dengan beberapa AP Melayu, termasuk Encik Shahrael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).

“Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mendaki untuk mengadakan jejak pembelajaran.

“Kita akan anjurkan jejak pembelajaran ke Rolls-Royce pada September untuk belia dan pekerja teroka peluang pekerjaan yang ada dalam bidang kejuruteraan.

“Saya harap ini dapat menanamkan minat dalam bidang kejuruteraan dan mendorong mereka untuk menceburi bidang ini,” kata Encik Shahrael.

Dalam pada itu, selain pelancaran Raikan Ilmu@Heartlands, Encik Masagos turut melancarkan Pusat Satelit Mendaki@Punggol di aras empat One Punggol.

Pusat sebesar 200 meter persegi itu boleh menempatkan sehingga 50 orang pada satu-satu masa dan boleh digunakan bagi pelbagai aktiviti seperti KelasMateMatika (KMM) dan sesi pementoran.

Encik Masagos turut menyertai majlis tamat pengajian KMM yang melibatkan hampir 250 ibu bapa dan anak-anak mereka yang mengikuti program tersebut antara Oktober 2022 dengan Mac 2023.

Dalam ucapannya, beliau turut mengatakan bahawa Mendaki akan memulakan kajian tiga tahun dengan Institut Kajian Dasar (IPS) untuk melihat keberkesanan KMM sebagai sebahagian usaha badan Melayu itu memanfaatkan pendekatan berasaskan data untuk meningkatkan programnya. – NUR FATHIN AWALLUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >