Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 88,000 SME raih manfaat program SME Go Digital

Jul 04, 2023 | 04:00 PM



Lebih daripada 88,000 syarikat kecil dan sederhana (SME) telah meraih manfaat daripada program SME Go Digital sejak ia dilancarkan pada 2017.

Antara 2018 dengan 2022, Tinjauan Tahunan ke atas Penggunaan Infokom oleh Perusahaan mendapati firma-firma yang telah mendakap sekurang-kurangnya satu teknologi digital meningkat daripada 78 peratus kepada 93 peratus.

Menyatakan demikian di Parlimen pada Selasa, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, berkata hasil skim tersebut mendapati bahawa geran SME Go Digital telah menambah nilai kepada SME dan meningkatkan daya penghasilan mereka.

“Awal tahun ini, Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda), yang mentadbir program SME Go Digital, telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) untuk menilai impak skim tersebut.

“Laporan itu menunjukkan bahawa geran SME Go Digital telah menambah nilai kepada SME dan memperbaiki daya penghasilan mereka.

“Seperti contoh, firma yang mendakap Geran Huraian Daya Penghasilan (PSG) menyaksikan kenaikan keseluruhan dalam Nilai Bertambah Bagi Setiap Pekerja dan pendapatan,” katanya.

Tambahan lagi tinjauan Imda menunjukkan bahawa sekitar 85 peratus daripada SME yang turut serta melaporkan penjimatan masa dan sekitar 75 peratus SME berkata pendigitalan membantu mereka mengatasi cabaran tenaga manusia.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI),  secara kerap menyemak program SME Go Digital bagi memastikan ia kekal relevan terhadap keperluan firma.

“Pada 2021, kami melancarkan platform satu perhentian, CTO–as–a–Service, yang membantu SME memanfaatkan sokongan yang tersedia di bawah program SME Go Digital secara lebih berkesan.

“Selain menyediakan pelbagai huraian digital dan konsultasi digital bersubsidi bagi SME, platform itu juga menyatukan inisiatif menerusi SkillsFuture Singapore, Agensi Keselamatan Siber (CSA),Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) dan agensi pemerintah lain bagi membantu firma mempertingkat keupayaan mereka,” tambahnya.

Menurut Encik Tan, MCI juga telah memperbaharui secara progresif, Pelan Digital Industri (IDP), bagi membantu melakar sokongan untuk ditawarkan di bawah program SME Go Digital bagi memenuhi keperluan tertentu meliputi lebih 20 sektor.

Tahun ini, MCI akan memperbaharui IDP Runcit dan Keselamatan, serta melancarkan IDP Undang-Undang.

Ini akan memaparkan satu hala tuju huraian digital yang lebih diperbaharui serta hala tuju kemahiran digital, keselamatan siber dan langkah perlindungan data yang dikemas kini dalam usaha menyokong SME dengan lebih baik.

“Kami tahu bahawa persekitaran digital berubah pesat, dan kerja kami untuk membantu SME meraih manfaat pendigitalan akan diteruskan.

“Seperti yang dikongsi Jawatankuasa Perbekalan (COS) MCI awal tahun ini, kami akan membangunkan Pelan Tindakan Keusahawanan Digital dalam beberapa bulan mendatang bagi mengenal pasti cabaran baru yang dihadapi SME dan melakar pendekatan pemerintah bagi membantu SME maju dalam ekonomi digital kita yang membangun,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >