Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak peluang pelajar-atlet tanding di Hab Sukan: Chun Sing

SportSG dan MOE bakal kerjasama lebih rapat sempena pembukaan Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) 2023 di Hab Sukan Singapura
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



PARA pelajar-atlet akan diberikan lebih peluang bertanding di Hab Sukan, atas kerjasama rapat Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan Kementerian Pendidikan.



Demikian menurut Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di majlis pembukaan Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) 2023 di Hab Sukan Singapura semalam.



Peluang sedemikian merupakan antara usaha Singapura dalam mempertingkatkan peluang sukan untuk para pelajar dan atlet pada masa hadapan.



"Pandemik ini telah menghasilkan cabaran-cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini... Sebagai sebuah negara, kita berdiri bersama-sama dan mengatasi krisis sebagai satu generasi.



"Apa yang membantu kita bangkit menjadi lebih kuat daripada sebelum pandemik, adalah nilai seperti daya tahan dan kerjasama dalam berpasukan."



"Hari ini, sedang kita meraikan sukan, ia juga satu peringatan bahawa sukan menyediakan konteks semula jadi dan sahih bagi membangunkan nilai-nilai ini," ucap Encik Chan semalam.



Pelajar-atlet di peringkat sekolah rendah dan Menengah Satu serta Dua juga akan mempunyai lebih banyak peluang untuk bersaing semasa pertandingan sukan antara sekolah-sekolah terbesar di Singapura.



Ini kerana pertandingan itu memperkenalkan klasifikasi dan format liga baru untuk menggantikan zon dan pertandingan nasional bagi sukan bahagian Senior dan sukan Divisyen C.



Dalam peralihan daripada pertandingan tradisional yang berasaskan zon, peserta dalam sukan bahagian Senior dan Divisyen C NSG akan bertanding menentang sekolah-sekolah serata Singapura dalam pusingan klasifikasi.



Pasukan-pasukan sekolah kemudian akan mara ke pertandingan pusingan dalam format 'round-robin' dalam liga baru, dan akan menentang pasukan yang mempunyai kebolehan yang sama. Pasukan terbaik pula akan bertanding untuk merebut gelaran juara bagi peringkat divisyen.



Format ini akan membolehkan kebanyakan pelajar-atlet untuk bermain lebih banyak perlawanan sepanjang keseluruhan pertandingan, berbanding dengan pertandingan tradisional zon di mana pelajar-atlet akan bermain hingga lima perlawanan sahaja.



Perubahan-perubahan ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan bagi lebih ramai pelajar-atlet dan menggalakkan pengalaman pertandingan yang lebih menyeronokkan di NSG.



Sukan pingpong dan polo air akan mengikut format baru pada tahun ini.



Selepas tiga tahun, lebih 600,000 pelajar atlet akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam 29 sukan oleh kerana tiada lagi keperluan bagi pengubahsuaian sekatan Covid-19.



Selepas majlis pembukaan NSG semalam, perlawanan badminton dan bola jaring dijalankan.



"Sedang kita menuju ke NSG 2023, saya menggalakkan semua pelajar membuat yang terbaik daripada setiap peluang dan pengalaman yang ditawarkan oleh sukan yang disertai mereka.



"Sama ada anda muncul sebagai juara atau sebaliknya, pengalaman menyertai pertandingan akan membolehkan anda membina perwatakan anda, selain mencapai kecemerlangan dalam sukan yang disertai," tambah beliau.




"Sedang kita menuju ke NSG 2023, saya menggalakkan semua pelajar membuat yang terbaik daripada setiap peluang dan pengalaman yang ditawarkan oleh sukan yang disertai mereka.
"Sama ada anda muncul sebagai juara atau sebaliknya, pengalaman menyertai pertandingan akan membolehkan anda membina perwatakan anda, selain mencapai kecemerlangan dalam sukan yang disertai."
- Encik Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >