PENGUASA Pembangunan Media Infokom (IMDA) akan memperkukuh kerjasamanya dengan penyiar dan rangkaian antarabangsa, sekali gus memberi lebih peluang bagi bakat media meningkatkan kemahiran mereka.
Ini termasuk HBO Asia dan Discovery Networks Asia-Pacific (DNAP), syarikat pemasaran kandungan global Brand New Media (BNM), wadah hiburan video tempatan Viddsee, dan institusi pengajian tinggi seni Lasalle.