Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pemohon kali pertama utamakan projek bina BTO paling singkat

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai pemohon kali pertama telah memilih projek pembinaan yang akan siap dalam tempoh masa paling singkat berdasarkan kadar permohonan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) bulan lalu.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata ini menunjukkan bahawa sesetengah pemohon pertama mengutamakan untuk mendapatkan kunci rumah mereka secepat mungkin berbanding prospek mendapatkan flat di lokasi di tengah Singapura.



Permintaan bagi flat-flat BTO baru di estet matang di Tampines dan Ang Mo Kio telah mendapat sambutan baik.



Di Tampines, permintaannya adalah 24.1 kali ganda jumlah unit yang ditawarkan dan tempoh siap adalah tiga tahun.



Ini menggambarkan permintaan kukuh untuk unit flat lebih besar, terutama di estet-estet matang.



Terdapat lebih 34,000 pemohon BTO kali ini, sekitar 30 peratus lebih tinggi daripada tawaran BTO pada Mei.



Flat-flat lebih besar yang ditawarkan di Ang Mo Kio turut mendapat sambutan hangat, dengan kadar 14.1 tempahan bagi setiap unit yang ditawarkan.



Setakat 2 petang semalam, 8.7 pemohon kali pertama bersaing untuk setiap satu daripada 398 flat empat bilik dan 8.2 pemohon kali pertama bersaing bagi 372 flat lima bilik dan tiga generasi di projek Central Weave @ AMK.



Harga flat adalah antara $535,000 hingga $676,000 untuk flat empat bilik, dan $720,000 hingga $877,000 untuk flat lima bilik.



Sebagai perbandingan, permintaan bagi flat BTO lima bilik di estet Choa Chu Kang hanya menerima permohonan tiga kali ganda jumlah bekalan.



Flat empat bilik yang ditawarkan di Woodlands menerima 11.7 permohonan bagi setiap unit.



Di Jurong East pula, unit flat yang sama mendapat 6.7 permohonan bagi setiap unit.



Dua projek model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) di Bukit Merah mendapat sambutan agak sederhana.



Permintaan bagi flat empat bilik berharga lebih setengah juta dolar adalah lima kali lebih banyak daripada unit yang ditawarkan.



Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada flat di estet matang diketepikan untuk pemohon kali pertama.



Sementara itu, kadar permohonan kali pertama untuk 353 flat tiga bilik di dua projek di Bukit Merah - Alexandra Vale dan Havelock Hillside - adalah satu.



Ini bermakna semua pemohon pertama berkemungkinan mendapat peluang untuk memilih flat.



Kedua-dua projek itu berada di bawah model PLH, yang bermaksud pemilik tertakluk kepada tempoh pendudukan minimum (MOP) 10 tahun dan klausa pemulangan semula subsidi 6 peratus apabila mereka menjual rumah mereka di pasaran terbuka untuk kali pertama.



Encik Ismail berkata ada kemungkinan bahawa sesetengah pemohon mengelak daripada projek PLH kerana mungkin mereka "terkunci" untuk tempoh masa yang lama (sekurang-kurangnya 15 tahun termasuk tempoh pembinaan dan MOP), yang berpotensi memberi kesan kepada rancangan jangka masa panjang mereka.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa flat tiga bilik mempunyai kadar permohonan kali pertama yang lebih rendah di kebanyakan projek.



"Selain Woodlands South Plains di Woodlands, kadar permohonan kali pertama ialah 1.9 atau lebih rendah untuk semua flat tiga bilik," kata HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >