Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas; buat ancaman bom palsu dalam pesawat SIA

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 37 tahun telah ditangkap atas tuduhan membuat ancaman bom ketika berada dalam sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) dari San Francisco, Amerika Syarikat.



Pesawat itu, yang berlepas dari San Francisco pada 10.26 malam Isnin lalu, selamat mendarat di Singapura awal pagi semalam.



Berita Harian (BH) difahamkan lelaki yang ditangkap itu warga asing.



Pesawat SQ33 itu diiringi dua jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira 5.50 pagi semalam, menurut RSAF dan polis.



Pihak polis telah dimaklumkan mengenai dakwaan ancaman bom itu kira-kira 2.40 pagi semalam.



Pesawat itu kemudian dibawa ke kawasan terpencil di lapangan terbang itu bagi pemeriksaan keselamatan, menurut jurucakap SIA.



Kementerian Pertahanan (Mindef), dalam satu pos Facebook semalam pula berkata: "Pasukan daripada kumpulan Pertahanan Bahan Kimia, Biologi, Radiologi dan Bahan Letupan Tentera Singapura dan Divisyen Polis Lapangan Terbang berada di lokasi itu untuk mengesahkan dakwaan itu.



"Ancaman itu kemudian disahkan palsu, dan orang yang mencurigakan itu telah ditangkap," kata Mindef.



Setelah pemeriksaan keselamatan selesai, pesawat itu ditunda ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.



"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu mendakwa ada sebutir bom dalam sebuah beg tangan, dan dia telah menyerang anak kapal," kata polis.



"Dia kemudian ditahan oleh anak-anak kapal, dan kemudian diberkas oleh polis di bawah Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (langkah-langkah anti-keganasan) dan kerana disyaki mengambil dadah terkawal. Polis sedang menyiasat," kata polis.



Para penumpang yang kelihatan letih daripada penerbangan itu muncul di Terminal 3 pada kira-kira 9.20 pagi semalam dan diiringi dari tempat mengambil beg yang asal ke tempat lain untuk mengambil bagasi mereka.



"SIA meminta maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini.



"Kami sedang membantu pelanggan kami dengan tempahan semula bagi sebarang perjalanan sambungan seterusnya yang mereka mungkin telah terlepas," kata jurucakap SIA.



Di bawah Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (langkah-langkah anti-keganasan), adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang membuat dakwaan palsu bahawa perbuatan pengganas telah, sedang atau akan dijalankan.



Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi $500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >