Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana buat ancaman bom ketika dalam pesawat SIA

SIA
Sep 28, 2022 | 04:47 PM



SEORANG lelaki berusia 37 tahun telah ditangkap kerana didakwa membuat ancaman bom ketika di atas pesawat Singapore Airlines (SIA) dari San Francisco.



Pesawat itu mendarat di Singapura awal pagi tadi (28 September).



Berita Harian (BH) difahamkan bahawa lelaki yang ditangkap itu adalah seorang warga asing.



Pesawat SQ33, yang berlepas dari San Francisco pada 10.26 malam Isnin lalu, diiringi dua jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 5.50 pagi tadi, menurut RSAF dan polis.



Pihak polis telah dimaklumkan mengenai dakwaan ancaman bom itu kira-kira pukul 2.40 pagi tadi.



Pesawat itu kemudian di bawa ke kawasan terpencil di lapangan terbang itu bagi pemeriksaan keselamatan, menurut jurucakap SIA.



“Pasukan dari  Kumpulan Pertahanan Bahan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan Askar Singapura berserta Divisyen Polis Lapangan Terbang telah menentukan dakwaan di tempat tersebut.



"Ancaman itu kemudian didapati palsu, dan orang yang mencurigakan itu telah diberkas," kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam catatan Facebook.



Setelah pemeriksaan keselamatan selesai, pesawat itu ditunda ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >