Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki dipenjara 8 bulan, denda lebih $103,700 kerana rasuah

Sep 18, 2023 | 06:16 PM



Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Isnin selepas dia didapati bersubahat dengan pekerja Singapore Airlines (SIA) pada masa itu untuk mendapatkan rasuah lebih $207,000 daripada pengurus firma ubah elok.

Pereka hiasan dalaman bebas, Rex Zhang Jiahao, 38 tahun, juga diarah membayar denda lebih $103,700. Jika gagal, dia perlu meringkuk 100 hari lagi dalam penjara.

Menurut laporan The Straits Times, semasa perbicaraan berlangsung, pihak pendakwa raya mendakwa Zhang melakukan kesalahan itu bersama-sama Lionel Low Jun Jie, 36 tahun, yang ketika itu merupakan penolong pengurus hartanah (pembangunan) di SIA tetapi kini tidak lagi bekerja untuk syarikat penerbangan itu.


Timbalan Pendakwa Raya R. Arvindren berkata, mereka berdua menerima wang sebanyak enam kali dari Jun hingga Oktober 2019 daripada Joseph Ang Kok Leng, 52 tahun, yang ketika itu bersama kumpulan firma ubah elok, ID LIN.

Pihak pendakwa hari ini meminta Hakim Daerah, Encik Christopher Goh, menjatuhkan hukuman penjara antara sembilan dengan 10 bulan ke atas Zhang.

Menurutnya, jumlah wang yang terlibat adalah besar dan Zhang mempunyai motif meraih keuntungan peribadi.

Peguam bela, Cik Cory Wong, dari Invictus Law Corporation merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam hingga tujuh bulan kerana dia menunjukkan rasa kesal dan telah bertindak atas arahan Low.

Zhang mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah pada Ogos, manakala kes melibatkan Ang dan Low masih belum selesai.

Pada masa kesalahan itu, Low menguruskan projek ubah elok tidak berjadual untuk SIA, dan tugasnya ketika itu termasuk menjalankan penawaran sebut harga atau tender.

Antara lewat 2018 dengan awal 2019, SIA telah membuka tender untuk pembinaan bangunan pra-fabrikasi dua tingkat yang terdiri daripada 24 bilik darjah di pusat latihannya.

Pada 2018, Low meminta Zhang mengesyorkan kontraktor bangunan untuk projek itu.

Pendakwa raya berkata, Low mencadangkan kepada Zhang untuk memberitahu kontraktor bahawa dia mempunyai kontak di SIA yang boleh membantu kontraktor mendapatkan tender tersebut, dengan menawarkan komisen. 

Pada lewat 2018, Zhang menghubungi Ang, yang menyatakan minatnya terhadap projek itu dan terus menyediakan dokumen yang diperlukan untuk membuat bidaan untuk projek berkenaan.

DPP berkata, Zhang telah memberikan maklumat sulit kepada Ang daripada Low, termasuk nilai perbelanjaan SIA bagi projek itu berserta jadual dan fasa pembangunannya.

Low juga telah mendedahkan perbelanjaan bernilai $2.5 juta yang diperuntukkan untuk projek tersebut, supaya Zhang boleh mencadangkan jumlah yang lebih rendah kepada Ang, kata mahkamah.

Projek itu kemudiannya dianugerahkan kepada LIN ID untuk sekitar $2.17 juta. Firma itu juga dianugerahkan kontrak bagi membekalkan perabot yang berkaitan dengannya.

Dokumen mahkamah menunjukkan komisen daripada Ang kepada Zhang dan Low berjumlah lebih $207,000, yang telah dibayar pada 2019 melalui enam cek.


Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana kesalahan itu terbongkar, tetapi tiga lelaki warga Singapura telah dihadapkan ke mahkamah pada 2022.


Ikat jamin Zhang ditetapkan $20,000 pada Isnin, dan dia dijangka menyerah diri di Mahkamah Negara pada 2 Nov untuk mula menjalani hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >