Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki dipenjara, didenda bantu cetak wang kertas palsu berjumlah $18,500

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



APABILA seorang kenalan dari sebuah rumah peralihan mencadangkan mereka mencetak wang kertas palsu $100 untuk membeli rokok yang terlarang, Mahadi Ab Latif, 45 tahun, bersetuju membantunya.



Mereka berdua mencetak wang palsu sejumlah $18,500, termasuk jumlah terbesar wang kertas palsu $100 setempat yang dirampas polis.



Mahadi menggunakan sebuah gudang kosong untuk menjalankan operasi memotong wang palsu dengan pisau lipat. Dia sedang bertugas sebagai pemandu apabila ditangkap oleh pihak polis pada 5 Julai.



Warga Singapura itu dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan sembilan bulan serta tiga kali rotan semalam.



Ini selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan terlibat dalam konspirasi bagi memalsukan wang kertas, dan dua pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



Menurut dokumen mahkamah, Mahadi bertemu dengan seorang lagi yang dikenakan tuduhan, Muhammad Farhan Farus, di rumah peralihan yang memberi rawatan kepada bekas pesalah dadah.



Farhan sudah didakwa di mahkamah dan akan mengaku salah pada 18 Ogos.



Salah satu tuduhan adalah menggunakan wang kertas palsu untuk membeli ubat peningkatan seks yang berharga $20.



Mahkamah diberitahu, pada 28 Jun tahun lalu, Farhan memberitahu Mahadi mengenai rancangannya untuk mencetak wang kertas palsu setelah menemui templatnya di komputer riba.



Mahadi kemudian berkongsi rancangannya menggunakan gudang kosong di Changi yang pernah ditemuinya semasa beliau bekerja sebagai penghantar barang.



Farhan pula menyediakan peralatan seperti pencetak, komputer riba, kertas dan dakwat.



Mereka berdua mencetak 185 keping wang kertas $100 palsu dari 28 Jun dan 2 Julai tahun lalu.



Semasa Mahadi ditahan, beliau juga memiliki dadah methamphetamine dan dia didapati telah mengambil dadah tersebut.



Hukuman maksimum bagi memalsukan wang kertas palsu ialah hukuman penjara 20 tahun dan denda.



Mahadi boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda $20,000 kerana memiliki methamphetamine.



Kerana mengambil dadah itu, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan menerima sehingga enam sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >