Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki dipenjara langgar pegawai Certis Cisco dengan kereta

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



APABILA dia ditangkap pegawai polis tambahan kerana keluar dari Hospital Besar Singapura (SGH) melalui jalan yang tidak dibenarkan, Yeo Yong Hao melontarkan kata-kata kesat ke atas pegawai tersebut dan melanggarnya sebanyak dua kali dengan keretanya.



Pegawai itu mengalami lebam di kaki kirinya dan diberi cuti sakit tiga hari.



Yeo, 31 tahun, dijatuhkan hukuman penjara sembilan minggu semalam dan diharamkan daripada memandu selama setahun dua bulan setelah keluar dari penjara kelak.



Yeo mengaku bersalah ke atas satu tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan orang lain dan satu tuduhan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perkhidmatan awam.



Mahkamah diberitahu bahawa Yeo telah ke SGH pada April tahun lalu untuk mengambil ibu temanitanya.



Dia mahu keluar dari hospital menggunakan pintu yang tidak boleh digunakan orang awam dan hanya boleh dibuka kakitangan hospital.



Apabila pegawai polis tambahan itu, Encik Syahmi Rusydi Sobirin, 25 tahun membuka pintu itu menggunakan pas pekerja, Yeo turut mengekorinya.



Encik Syahmi kemudian memberitahu Yeo untuk menggunakan pintu lain namun tidak diendahkan.



Yeo kemudian mengatakan bahawa Encik Syahmi hanya seorang pegawai Certis Cisco dan bukannya pegawai polis.



Encik Syahmi mengikuti Yeo ke tempat letak kereta dan berdiri di depan keretanya untuk menghalangnya daripada melarikan diri tetapi Yeo masih memandu ke depan dan melanggar kaki pegawai tersebut.



Bagi kesalahan melakukan perbuatan terburu-buru, Yeo boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $2,500.



Kesalahan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perkhidmatan awam pula membawa hukuman maksimum denda $5,000 dan penjara sehingga setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >