Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool tolak tawaran $52 juta dapatkan Mane

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



ENGLAND: Liverpool telah menolak tawaran Bayern Munich berjumlah £30 juta ($52 juta) yang berminat mendapatkan khidmat penyerang Senegal, Sadio Mane.



Pasukan Reds agak bingung dengan kelab Jerman itu yang kembali dengan tawaran kedua, selepas tawaran asal mereka berjumlah £25 juta juga telah ditolak Liverpool.



Ini kerana Liverpool dikatakan inginkan tawaran sejumlah Euro50 juta ($73.7 juta) bagi Mane, memandangkan penilaian serupa Bayern ke atas pemain mereka yang berusia 30 tahun, Robert Lewandowski.



Kededua Mane dan Lewandowski mempunyai baki setahun dalam kontrak mereka.



Lewandowski yang merupakan pemain antarabangsa Poland ingin berpindah ke Barcelona semasa musim panas ini selepas sedekad bersama Bayern.



Mane pula masih belum pasti akan masa depannya.



Penyerang itu hanya bersenda semasa hujung minggu lalu dengan berkata yang beliau akan 'terpengaruh' dengan pendapat orang ramai di tanah lahirnya - bermakna majoriti warga Senegal ingin beliau terus kekal di Anfield.



Mane pernah memberi gambaran yang beliau akan kekal di Liverpool, dan menjanjikan jawapan "istimewa" berkaitan masa depannya.



Mane telah menjaringkan 120 gol buat Liverpool sejak tiba dari Southampton dengan yuran pemindahan sebanyak £36 juta semasa Jun 2016, membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019 dan Liga Perdana England pada 2020.



Beliau menandatangani kontrak lanjutan dengan kelab itu pada 2018, yang sepatutnya tamat pada akhir musim depan.



Liverpool juga masih belum pasti akan masa depan bintang Mesir mereka, Mohamed Salah, yang akan tamat kontrak pada musim panas tahun depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >