Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lonjakan Covid-19: Pakar gesa ambil dos penggalak kedua

Kes bertambah dek subvarian baru Omicron lebih mudah dijangkiti, perlindungan daripada vaksin semakin merosot
Jun 23, 2022 | 05:30 AM



LONJAKAN terbaru kes Covid-19 di Singapura didorong subvarian baru BA.4 dan BA.5 Omicron, yang lebih mudah dijangkiti, kata pakar.



Kes baru juga tidak terdiri daripada mereka yang dijangkiti buat kali pertama sahaja, bahkan kali kedua akibat perlindungan vaksin semakin merosot.



Oleh itu, doktor dan pakar terus menggesa orang ramai supaya mendapatkan suntikan penggalak, termasuk dos penggalak kedua, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Haji yang akan datang.



Seorang doktor keluarga daripada Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata lonjakan kes Covid-19 ini memang sudah dijangka.



"Oleh kerana sempadan sudah dibuka dan peraturan sekatan pun sudah dilonggarkan, lebih banyak pergaulan akan berlaku.



"Dengan lebih banyak interaksi sosial, bilangan kes juga akan meningkat.



"Saya menggesa agar orang awam supaya lebih bersikap berwaspada, menjaga kebersihan dan lebih bertanggungjawab semasa bergaul," kata Dr Elly.



Mengenai suntikan penggalak tambahan, Dr Elly berkata ramai orang yang tidak tahu tentang tersedianya suntikan tambahan itu.



"Virus Omicron lebih mudah berjangkit. Saya harap rakyat berusia 50 tahun ke atas akan pergi mengambil suntikan penggalak secepat mungkin sebagai langkah perlindungan dan persediaan," kata beliau.



Dr Elly menarik perhatian langkah ini penting terutama menjelang Hari Raya Haji dalam dua minggu ini.



Singapura menyaksikan peningkatan 23 peratus jangkitan tempatan Covid-19 minggu ke minggu.



Walaupun subvarian BA.2 masih penyebab sebahagian besar jangkitan Covid-19 Singapura, perkadaran jangkitan BA.4 dan BA.5 semakin meningkat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini kelmarin.



Sekitar 30 peratus kes Covid-19 dalam masyarakat minggu lalu adalah kes subvarian BA.4 dan BA.5, berbanding masing-masing 17 peratus dan 3 peratus pada dua minggu sebelumnya.



Subvarian BA.5 sahaja dianggarkan menyumbang 25 peratus daripada semua kes sejauh ini dalam minggu ini, kata MOH. Lonjakan dalam kes BA.4 dan BA.5 berkemungkinan berterusan, didorong sifatnya yang lebih mudah disebarkan berbanding BA.2.



Pengasas klinik estetik perubatan EHA Clinic, Dr Elias Tam, berkata beliau telah melihat beberapa kes jangkitan kali kedua di kliniknya.



"Vaksinasi dan jangkitan tidak memberi perlindungan 100 peratus. Bagaimanapun, ia mengurangkan keterukan jangkitan.



"Jika bilangan kes dan kematian kekal rendah dalam keadaan ini, kita tidak perlu bimbang sangat," kata Dr Tam.



Buat masa ini, bukti antarabangsa dan tempatan menunjukkan keterukan jangkitan BA.4 dan BA.5 serupa jenis jangkitan Omicron terdahulu.



Langkah pengurusan selamat semasa, termasuk keperluan memakai pelitup semasa berada di ruang tertutup dan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi untuk beberapa kegiatan berisiko tinggi, akan kekal, tambah MOH.



"Sementara waktu ini, jaga kebersihan dengan baik, gunakan pelitup dalam bangunan dan pantau kesihatan sendiri.



"Jika tidak rasa sihat, asingkan diri walaupun kit ART (ujian cepat antigen) negatif.



"Jangan sumbang kepada penyebaran jangkitan di sekeliling. Jika semua orang dapat bekerjasama, tidak sukar mengawal Covid-19 atau gelombang penyakit berjangkit baru lain," tambah Dr Tam.




"Oleh kerana sempadan sudah dibuka dan peraturan sekatan sudah dilonggarkan, lebih banyak pergaulan akan berlaku. Dengan lebih banyak interaksi sosial, bilangan kes juga akan meningkat. Saya menggesa agar orang awam supaya lebih bersikap berwaspada, menjaga kebersihan dan lebih bertanggungjawab semasa bergaul. Virus Omicron lebih mudah berjangkit. Saya harap rakyat berusia 50 tahun ke atas akan pergi mengambil suntikan penggalak secepat mungkin sebagai langkah perlindungan dan persediaan."
- Dr Elly Sabrina Ismail.



"Vaksinasi dan jangkitan tidak memberi perlindungan 100 peratus. Bagaimanapun, ia mengurangkan keterukan jangkitan. Jika bilangan kes dan kematian kekal rendah kita tidak perlu bimbang sangat. Sementara ini, jaga kebersihan dengan baik, gunakan pelitup dalam bangunan dan pantau kesihatan sendiri. Jika tidak rasa sihat, asingkan diri walaupun kit ART (ujian cepat antigen) negatif. Jangan sumbang kepada penyebaran jangkitan di sekeliling. Jika semua orang bekerjasama, tidak sukar mengawal Covid-19 atau gelombang penyakit berjangkit baru lain."
- Dr Elias Tam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >