Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA kaji pasang lif di 250 lagi jejantas

lif
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengkaji kemungkinan memasang lif di 250 lagi jejantas.



Sekiranya kajian ini mendapati ia boleh dilaksana, lebih ramai warga emas dan pejalan kaki boleh mendapat manfaat daripada kemudahan itu di lebih separuh daripada hampir 600 jejantas di seluruh Singapura.



Ini tambahan kepada 77 jejantas yang sudah dipasang dengan lif, dan 30 yang akan dipasang sepanjang tiga tahun akan datang.



Namun, disebabkan kekangan ruang dan kos, kemungkinan besar tidak semua 250 jejantas yang dikajikan itu akan dipasang dengan lif, lapor The Straits Times.



"Kami harus cermat dan mengutamakan lokasi yang memberi manfaat kepada pengguna paling memerlukan lif, seperti warga emas dan pengguna menghadapi cabaran pergerakan," kata LTA.



Ia menambah bahawa bilangan jejantas atas yang dipilih, lokasi dan tempoh masa bagi projek in boleh disahkan hanya setelah kajian itu selesai.



Menurut dokumen dua tender yang dikeluarkan, LTA menjemput tender bagi kerja siasatan tapak, perkhidmatan perundingan seni bina dan kejuruteraan.



Perkhidmatan ini akan dijalankan dalam empat kelompok, dengan tiga kelompok pertama terdiri daripada 30 jejantas setiap satu, dan yang keempat melibatkan 35 jejantas - bagi setiap satu daripada dua tender itu.



Konsultan yang dilantik dikehendaki menjalankan kajian kemungkinan teknikal, termasuk tinjauan tapak, bagi setiap lokasi untuk memastikan terdapat ruang dan kebolehan membina lif.



Menurut dokumen itu, tender bagi pemasangan lif di jejantas yang dipilih untuk pemasangan lif akan dikeluarkan hanya sekitar 2024 bagi kelompok pertama dan sekitar 2026 untuk baki tiga kelompok.



Pada Mac, Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, berkata kerja memasang lif pada sesebuah jejantas mengambil masa 14 hingga 22 bulan kerana kerja persiapan seperti siasatan tapak dan kajian teknikal perlu dilakukan.



Menjawab soalan di Parlimen daripada Ahli Parlimen GRC Ang Mo Kio, Encik Darryl David, Encik Baey juga berkata kos memasang sepasang lif telah berkurangan daripada $4 juta pada 2018 kepada $2 juta hingga $3 juta sekarang.



Namun, kos penyelenggaraan meningkat daripada $40,000 setahun pada 2018 kepada $45,000 hari ini, disebabkan buruh dan kos lain.



Bagi 77 jejantas yang telah dipasang dengan lif, LTA mengambil masa sedekad sejak 2011 untuk menyiapkan projek itu dalam tiga fasa dan dengan kos $224 juta.



Ini termasuk perbelanjaan bagi siasatan tapak, reka bentuk, pengalihan utiliti bawah tanah, pembinaan syaf lif dan penyediaan kereta lif, kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >