Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³@Jalan Besar tetap tiga sasaran bantu penduduk

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA rentan, kesihatan mental dan celik digital adalah tiga tunggak utama yang akan menjadi tumpuan M³@Jalan Besar, M³@Bandar yang ke-10, kata Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, semalam.



Dilancarkan di Kelab Masyarakat Kolam Ayer, Dr Wan berkata tujuan M³@Jalan Besar adalah untuk melengkapkan usaha yang dijalankan GRC Jalan Besar untuk terus berkhidmat dan menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam masyarakat.



"Terdapat keperluan untuk kami betul-betul memahami masyarakat dan yang penting untuk berteguh bersatu.



"Dengan itu, kami berharap dengan kerjasama M³ dalam bandar (Jalan Besar), kita dapat menyesuaikan program-program yang dilakarkan untuk penduduk kita.



"Saya rasa kami boleh melakukan lebih untuk menawarkan peluang lebih banyak bagi semua orang," katanya.



Dr Wan berkata adalah penting untuk melibatkan anak-anak muda daripada M³@ Jalan Besar.



Ini termasuk menghulur bantuan kepada badan-badan yang sedia ada dengan idea-idea program baru atau meningkatkan prestasi program sedia ada.



Antara pemimpin generasai muda M³@Jalan Besar ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zahid & Shah Group, Encik Mohamed Shah Reza.



Kumpulan empat syarikat itu menawarkan khidmat digital, perhubungan dan huraian kreatif termasuk perkhidmatan perundingan cara Islam.



Encik Shah merupakan pengerusi yang dilantik bagi M³@Jalan Besar yang baru ditubuhkan itu.



Rangkaian tersebut juga dianggotai 25 relawan lain yang merangkumi karyawan, individu pelbagai sektor perniagaan, termasuk wakil Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Jalan Besar, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Yayasan Mendaki.



Encik Shah berharap dapat menawarkan program yang menarik untuk dimanfaatkan para penduduk.



"Saya melihat cabaran seperti keluarga rentan, kesihatan mental dan celik digital sebagai peluang merapatkan jurang antara yang tua dan muda.



"Semasa lawatan rumah ke rumah, kami mendapati ada masalah kebolehcapaian untuk bantuan yang tertentu, jadi saya dan pasukan saya akan berusaha memperkenalkan usaha yang sudah sedia ada dan inisiatif yang baru dalam masa akan datang," ujar Encik Shah.



Sempena pelancaran M³@Jalan Besar semalam, inisiatif baru "Mari Kita #Do-Good 2021" juga dilancarkan untuk memberi sokongan kepada 250 keluarga rentan di GRC Jalan besar dengan pengagihan pakej jagaan.



Setiap pakej itu mengandungi barangan seperti beras, gula, minyak masak, biskut, mi segera dan barangan keperluan harian lain.



Semalam pakej tersebut diagihkan kepada 150 isi rumah di rumah sewa Blok 61 dan 62, Geylang Bahru Road. Turut hadir ialah Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo serta penasihat lain GRC Jalan Besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >