Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Tinggi tolak permintaan TOC cabar arahan gantung lesen

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH Tinggi semalam menolak permintaan laman web sosiopolitik, The Online Citizen (TOC) untuk mencabar pelbagai arahan yang diberikan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkaitan penggantungan lesen kelas laman web TOC.



IMDA menggantung lesen kelas TOC untuk mengendali laman web dan saluran media sosialnya pada 14 September lalu setelah ia berulang kali gagal mematuhi tanggungjawab undang-undang untuk mengisytihar semua sumber pendanaannya.



Oleh kerana TOC gagal menyerahkan pengisytiharannya pada tarikh akhir yang ditetapkan, IMDA membatalkan lesen kelasnya.



TOC kemudian memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.



Ia meminta empat perintah pembatalan dan 10 pengisytiharan berhubung dengan perintah IMDA terhadap laman berbahasa Cina dan wadah media sosialnya, dan larangan pihak berkuasa terhadap TOC menyediakan sebarang perkhidmatan penyiaran baru.



Dalam kenyataan penghakiman bertulis semalam, Hakim Valerie Thean berkata permohonan TOC gagal atas alasan substantif dan prosedur.



Hakim berkata TOC tidak memenuhi keperluan prosedur untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.



Beliau juga berkata TOC sepatutnya terlebih dahulu berusaha membuat rayuan kepada menteri.



"Oleh itu, saya mendapati bahawa, dengan tidak membuat rayuan kepada menteri... TOC gagal untuk menggunakan penyelesaian alternatifnya sebelum menggunakan bidang kuasa semakan kehakiman mahkamah," kata Hakim Thean.



Beliau mendapati bahawa hujah dibuat TOC dan bahan yang disediakan tentang skop lesen kelas tidak membuktikan kes yang memihak kepada pemberian penyelesaian yang dicarinya.



TOC tidak mencabar penggantungan dan pembatalan lesen kelas IMDA, walaupun ia tidak mengakui akan ketepatan keputusan itu.



Ia berhujah bahawa hanya laman utama TOC dalam Bahasa Inggeris tertakluk di bawah lesen kelas itu yang digantung dan dibatalkan.



TOC juga berhujah bahawa IMDA tidak pernah memintanya untuk memohon lesen kelas berkenaan dengan laman bahasa Cinanya dan ia tidak pernah dicadangkan kepada pemilik dan ketua editor TOC, Encik Terry Xu, bahawa lesen kelas itu meliputi platform media sosial.



Ia juga berhujah bahawa IMDA tidak mempunyai asas undang-undang untuk melarangnya daripada menawarkan perkhidmatan penyiaran dari luar Singapura.



Dalam responsnya, IMDA berkata TOC pada asasnya salah faham tentang rejim pelesenan di bawah Akta Penyiaran, memandangkan semua khidmat dalam talian komputer yang disediakan TOC secara automatik tertakluk di bawah lesen kelas mengikut undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >