Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maklum balas inisiatif Melakar Hala Tuju S'pura mungkin dibincangkan lebih awal: DPM Wong

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



MAKLUM balas daripada inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura mungkin dibincangkan lebih awal sebelum tempoh ia sepatutnya berakhir, seperti semasa Belanjawan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Parlimen semalam.



Inisiatif pendampingan seluruh negara itu, yang diketuai oleh Encik Wong bersama 19 anggota pasukan kepimpinan generasi keempat (4G) yang lain, dijadualkan selesai pada pertengahan tahun depan.



Encik Wong berkata pasukannya akan menyemak dan mengkaji wadah sesuai untuk menerbitkan maklum balas yang dikumpul.



Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) mengenai kemajuan inisiatif tersebut dan rancangan akan datang.



Inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura bertujuan mengemas kini kompak sosial Republik ini.



"Sejak kami melancarkan inisiatif ini Jun lalu, sambutan daripada warga Singapura dalam banyak perbincangan dengan pasukan kepimpinan 4G amat menggalakkan. Kami telah menerima daripada warga Singapura banyak pandangan berguna untuk penggubalan dasar, cadangan bagi huraian dan tawaran untuk tindakan - semuanya akan membantu kami membina Singapura yang lebih baik dan kukuh bersama-sama. Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan memperdalam perbincangan dan kerjasama kami dengan warga Singapura," kata Encik Wong.



Beliau berkata orang ramai, melalui lebih banyak sesi pendampingan, akan dapat menawarkan pandangan dan idea mereka, merangkumi pelbagai topik seperti cara mengukuhkan daya kerja dan mewujudkan pekerjaan yang baik, menjadikan persekitaran hidup yang lebih baik, mengukuhkan ikatan warga dengan negara dan satu sama lain, serta kemampanan alam sekitar.



Beberapa sesi pendampingan ini akan diadakan dalam kawasan kejiranan, dalam beberapa bahasa vernakular dan dalam format yang berbeza. Ini agar ia dapat menjangkau kepada warga dengan pelbagai keperluan dan pilihan.



Orang ramai juga diajak melakukan lebih daripada sekadar memberi pandangan mereka tetapi juga untuk menyarankan idea dasar kepada pemerintah.



Encik Ang kemudian mengajukan soalan tambahan tentang sama ada pemansuhan Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah, iaitu undang-undang dari tempoh penjajahan Britain yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai jenayah, akan di bincangkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura.



Encik Wong berkata perbincangan dan pendampingan tentang 377A telah bermula lebih awal malah sebelum inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura dimulakan.



Hasil daripada perbincangan dan pendampingan itu telah membawa kepada pengumuman pemerintah tentang apa yang ia harap untuk lakukan semasa Rapat Hari Kebangsaan tahun ini.



"Oleh itu, kami tidak berhasrat untuk 377A dan isu-isu di sekelilingnya menjadi bahagian utama dalam wadah Melakar Hala Tuju Singapura kita kerana ia bermula selepas perbincangan itu telah bermula. Tetapi sudah tentu jika terdapat pandangan di sekeliling masyarakat, nilai kita... dan warga Singapura memberi maklum balas ini kepada kami melalui pendampingan dan perbincangan kita, kami akan mengambil semua maklum balas ini sebagai sebahagian daripada pendampingan Melakar Hala Tuju Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >