Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki adakan pertemuan bersama pemimpin Kelantan

Apr 16, 2023 | 03:49 PM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Kelantan pada Ahad.


Beliau melakukan siri pertemuan itu sempena  lawatannya ke Kelantan dan Terengganu mulai Sabtu hingga Rabu (15-19 April).


Antaranya adalah Encik Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, mantan pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan mantan Ahli Parlimen (AP) Bachok yang juga anak kepada mantan Menteri Besar Kelantan (1990-2013), Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. 


Dr Maliki juga mengadakan pertemuan dengan  Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru yang juga anggota Majlis Syura  PAS,  Datuk Johari Mat;  Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), dan Setiausaha Agung Umno, Datuk  Dr Asyraf Wajdi Dusuki; serta  AP Rantau Panjang, Datuk  Siti Zailah Mohd Yusoff.


Semasa di Kelantan, Dr Maliki  juga dijadual bertemu Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra.


Ini merupakan lawatan pertama beliau  ke dua negeri di Malaysia itu sejak memegang jawatan dalam Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 2015.


Dalam satu kenyataan, MFA berkata lawatan tersebut adalah sebahagian usaha Singapura untuk mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan negeri-negeri di Malaysia serta meneroka bidang baru kerjasama.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >