Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN PEJABAT PERWAKILAN S'PURA DI RAMALLAH

Maliki kongsi kepelbagaian S'pura

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



DALAM satu sesi perkongsian bersama pelajar Gred Enam di Sekolah Rakan Ramallah, kelmarin, seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun membuat pertanyaan kepada Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman berkenaan kepelbagaian kaum dan agama di Singapura.



Beliau, yang berada di sekolah itu sebahagian lawatan kerjanya di wilayah Palestin menunjuk kepada pegawai dan rakan kerjanya di Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang dianggotai pegawai pelbagai latar belakang dan bangsa.



Menunjuk kepada satu persatu pegawai tersebut, Dr Maliki menjelaskan apa bangsa setiap anggota rombongan itu.



"Beliau ialah seorang India, beliau pula seorang berbangsa Cina," katanya dengan mengarah kanak-kanak itu bertoleh ke belakang kelas.



"Dan kami pula ialah orang Melayu," katanya menunjukkan jarinya kepada dirinya dan Encik Hawazi Daipi, wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin.



Salah seorang pelajar pula bertanya adakah Singapura juga menyaksikan ketegangan bangsa dan agama, merujuk kepada ketegangan antara negara Israel dan orang Palestin sejak kian lamanya.



Dr Maliki yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri berkata Singapura tidak terkecuali daripada ketegangan antara kaum dalam tahap awal perkembangan negara apabila ia hendak merdeka dahulu.



"Namun kini Singapura dinamakan sebagai negara tertinggi di dunia atas kepelbagaian agama masyarakatnya di dunia," katanya merujuk ke sebuah kajian oleh Pusat Kajian Pew - yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada 2014.



Ada antara pelajar sekolah binaan Quaker yang dibina sejak 1869 itu meluahkan minat untuk meneruskan pelajaran mereka di Singapura.



Lawatan Dr Maliki ke sekolah tersebut adalah sebahagian lawatannya ke wilayah Palestin, Israel dan Jordan minggu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >