Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Lebih banyak aktiviti sekolah disambung Feb, Mac

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



PARA pelajar boleh menjangkakan lebih banyak aktiviti berkaitan persekolahan mereka disambung semula dengan Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) dan Persembahan Seni Pesta Belia Singapura (SYF) (SYF AP) bakal diadakan bermula Februari dan Mac akan datang.



Acara sukan bagi Divisyen 'A', 'B' dan Senior serta pementasan seni tertentu yang memenuhi garis pandu nasional berkaitan pengurusan selamat akan dibenarkan.



Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman berkata demikian ketika bertemu media di Sekolah Hai Sing Catholic di Pasir Ris semalam.



Ini selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE) pada pertengahan Disember tahun lalu yang membolehkan kebanyakan kegiatan ko-kurikulum (CCA) dan kegiatan sekolah lain dibenarkan berlangsung semula.



Dr Maliki telah melawat sekolah tersebut awal pagi semalam sempena hari pertama penggal sekolah baharu bagi tahun 2021 untuk menyaksikan langkah pengurusan selamat yang dikuatkuasa di sana bagi memastikan kesejahteraan pelajar dan kakitangan sekolah.



Antaranya termasuk pengambilan suhu badan; waktu datang, rehat dan pulang yang bertahap bagi pelajar berdasarkan peringkat masing-masing; serta kewajipan menggunakan pelitup pada setiap masa bagi semua pelajar dan kakitangan sekolah.



Semasa lawatannya, Dr Maliki sempat menyertai kelas Menengah Satu dan Menengah Empat dan berinteraksi dengan para pelajar di dalam bilik darjah mereka.



"Bagi peringkat Menengah Empat, saya lihat mereka ghairah, bersedia bagi tahun baru walaupun mereka mengimbas kembali cabaran tahun 2020.



"Namun yang ketara ialah mereka ingin pemulihan dilakukan...mereka boleh mulakan acara-acara luar darjah tapi dengan tahap tertentu.



"Di sini saya ingin mengatakan kepada mereka bahawa walaupun kita telah memasuki Fasa Tiga...kita tidak harus mengambil sikap sambil lewa tentang Covid-19 kerana pertaruhan dengan Covid-19 belum berakhir," ujar beliau.



Mengulas tentang perubahan yang telah dilakukan pada hari pertama sekolah tahun ini, Cik Siti Raihanni Selamat, guru kanan Bahasa Melayu di Sekolah Hai Sing Catholic berkata:



"Walaupun dalam keadaan berbeza ini, kita masih jalankan program kembali ke sekolah iaitu program orientasi.



"Kalau dulu mungkin kita adakannya di dewan atau di luar, sekarang semuanya di dalam kelas masing-masing dan kita gantikan dengan wadah dalam talian, jadi mereka (pelajar) masih dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan menjaga jarak selamat."



Sementara itu, walau agak sedih kerana tidak dapat berkumpul dengan rakan-rakan daripada kelas lain, pelajar Menengah Empat, Nur Aleeya Hazlynn Hazli, berkata dia faham mengapa langkah sedemikian mesti diadakan.



"Selalunya kita datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan 'kan, tapi pada tahun ini kita hanya perlu fokus dengan pelajaran, tak dapat berkumpul dengan rakan dari kelas lain.



"Rasa sedih tapi sekarang pun kita dah terbiasa dengan rutin sebegini, jadi okay lah," katanya.



Adanya peraturan ketat yang mesti dipatuhi juga memberinya lebih keyakinan bahawa kesejahteraan terjaga.



"Saya rasa lebih selamat kerana dengan adanya peraturan sebegini, kita tahu bahawa sekolah memang ambil berat tentang perkara ini," tambah Aleeya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >