Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, merupakan seorang pemimpin yang mempunyai hubungan “intim” dengan masyarakat Melayu Singapura dan peka terhadap pembangunannya, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman kepada media pada Sabtu.
Menyatakan demikian di samping majlis pecah tanah pelancaran kerja naik taraf sekitaran Geylang Serai, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), juga berkata Encik Tharman merupakan seorang yang bersifat inklusif dari segi pandangannya terhadap perkembangan masyarakat sejagat.
“Saya rasa beliau merupakan pemimpin yang begitu intim kepada masyarakat Melayu dan sensitif terhadap pembangunan masyarakat kita,” katanya
“Beliau merupakan seorang ‘champion’ (juara) dari aspek masyarakat kita yang berbilang kaum ini.
“Beliau merupakan seorang yang bersifat inklusif dari segi pandangan beliau dan kami terharu dengan pandangannya terhadap perkembangan masyarakat kita.”
Encik Tharman baru-baru ini telah meluahkan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang dan akan meletak jawatan dan bersara daripada politik.
Pada Sabtu, beliau hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pecah tanah tersebut sambil mengumumkan usaha pemerintah dalam memperingati legasi seniman legenda Arwah Tan Sri P. Ramlee.
Kehilangan gigi boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, kesukaran menikmati hidangan dan juga kelancaran pertuturan, malah memberi kesan kepada struktur muka seseorang.
Kepada individu yang kesemua
Kisah cinta Rizky Febian dan Mahalini dilestarikan dalam lagu, Bermuara, sempena pernikahan mereka baru-baru ini.
Biarpun bukan kali pertama kedua-dua insan bercinta ini berkolaborasi, namun rasanya
ILLYDEA ISHAK
Bagai sirih pulang ke gagang.
Begitulah reaksi penulis apabila pertama kali mendengarkan lagu, Dari Jauh, sajian terkini Alyph, sekali gus menandakan kembalinya penyanyi itu kepada irama
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho

Menyentuh tentang kehadiran Encik Tharman pada majlis itu, Dr Maliki berpendapat Encik Tharman prihatin terhadap kemajuan kawasan ikonik berkenaan, yang juga dekat pada hati masyarakat Melayu.