Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: S'pura, Makassar manfaat huraian bijak tangani Covid-19

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kedua (Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah menemui datuk bandar Kota Makassar, Encik Danny Pomanto, melalui persidangan video kelmarin , selepas kali terakhir mereka bertemu pada Januari tahun lalu.



Dalam pertemuan maya itu, Dr Maliki telah mengucapkan tahniah di atas kemenangan Encik Pomanto dalam pilihan raya Disember lalu.



"Kami juga becakap tentang kerjasama lebih rapat antara Singapura dengan Kota Makassar dan bagaimana kedua-dua bandar sedang menggunakan huraian digital bijak untuk menguruskan pandemik ini.



"Kota Makassar adalah satu daripada tiga bandar Indonesia yang merupakan anggota pertama Rangkaian Bandar Bijak Asean," tulisnya dalam satu kiriman di Facebook kelmarin.



Kali terakhir Dr Maliki bertemu Encik Pomanto adalah apabila datuk bandar itu mengunjungi Singapura pada Januari tahun lalu di bawah Fellowship SR Nathan.



Singapura dan Kota Makassar di wilayah Sulawesi Selatan telah saling bertukar pandangan dan pengalaman tentang inisiatif Negara Bijak sejak beberapa tahun lalu.



Kedua-dua negara itu juga saling menyokong satu sama lain dalam Rangkaian Bandar Bijak Asean.



Isu lain yang turut menjadi kepentingan bersama kedua-dua bandar itu termasuk pembangunan ekonomi dan pelancongan serta pengurangan perubahan iklim.



Tahun lalu, Dr Maliki menggalak Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) agar melihat peluang perniagaan di luar Jakarta dan mendedahkan syarikat-syarikat Singapura tentang peluang niaga dan budaya di bandar utama lain di Indonesia seperti Surabaya, Medan, Makassar, Pekanbaru dan Jambi.



Kerjasama antara Singapura dengan Sulawesi Selatan juga sedang diperdalam, dengan rancangan meneroka peluang ekonomi di wilayah itu dalam sektor seperti pertanian dan pelancongan.



Kelmarin, Dr Maliki juga menemui Gabenor Kepulauan Riau (Kepri), Encik Ansar Ahmad melalui persidangan video, di mana beliau mengucapkan tahniah di atas kejayaannya semasa pilihan raya baru-baru ini.



"Saya menantikan untuk bekerjasama dengannya bagi membangunkan kerjasama kukuh antara Singapura dengan Kepri, lebih-lebih lagi sedang kita melakarkan pemulihan daripada Covid-19.



"Pelancaran Bandar Digital Nogsa baru-baru ini adalah bukti komitmen kedua-dua pihak untuk mencari bahagian kerjasama baru," kata Dr Maliki.




"Saya menantikan untuk bekerjasama dengannya bagi membangunkan kerjasama kukuh antara Singapura dengan Kepri, lebih-lebih lagi sedang kita melakarkan pemulihan daripada Covid-19. Pelancaran Bandar Digital Nogsa baru-baru ini adalah bukti komitmen kedua-dua pihak untuk mencari bahagian kerjasama baru."
- Menteri Kedua (Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >