Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaat bahasa untuk ceburi bidang dakwah

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan peruntukan $5 juta bagi tempoh lima tahun sehingga 2026 bagi Biasiswa Syed Isa Semait (SISS). Ia dapat menyokong sehingga 20 pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda di universiti Islam berprestij dunia. Biasiswa itu membolehkan pelajar menampung yuran tuisyen dan universiti, elaun dan perbelanjaan lain yang diluluskan. Calon yang layak juga boleh ditawarkan program pembangunan yang disesuaikan, peluang pementoran, bekerja sambil belajar, kerjaya dalam sektor keagamaan serta biasiswa possiswazah. Kelmarin, tiga lulusan madrasah menerima SISS. BERITA HARIAN menyorot kisah mereka.
Oct 22, 2022 | 05:30 AM



PETAH bicaranya, mantap penguasaan bahasanya, Encik Alfawzul Kabir Mohamad Faizal tidak asing kepada arena perbahasan.



Malah, pada usia semuda 19 tahun sahaja, pemuda itu sudah menimba pengalaman dalam beberapa pertandingan bahas termasuk pada taraf antarabangsa di Qatar.



Justeru, itulah yang membakar semangat dalam diri bekas pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu untuk menyumbang kepada bidang dakwah pada masa depan.



Kelmarin, beliau merupakan antara tiga lulusan madrasah sepenuh masa yang dianugerahkan dengan Biasiswa Syed Isa Semait - biasiswa berprestij yang menyokong pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda mereka di universiti Islam berprestij di serata dunia.



Bagi Encik Alfawzul, biasiswa ini merupakan kunci baginya untuk terus mempertingkat diri.



"Ia merupakan peluang keemasan buat saya memperbaiki diri, dan dengan peluang ini, insyaAllah pada masa depan saya boleh menjadi seorang yang bermanfaat buat masyarakat," ujarnya yang telah melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar El-Shariff di Cairo, Mesir, dalam bidang Usuluddin.



Dengan ilmu yang ditimba, beliau berharap dapat mengadakan ceramah keagamaan bukan sahaja bagi orang Islam tetapi juga melibatkan diri dalam perbincangan silang agama bersama masyarakat lain.



Beliau menambah bahawa beliau berhasrat bekerjasama dengan warga mualaf yang memeluk agama Islam.



Berkongsi lanjut, Encik Alfawzul berkata beliau dulunya seorang yang agak pendiam, dan tidak memikirkan sangat mengenai isu kontemporari.



Namun, pendedahannya yang luas kepada arena perbahasan telah meluaskan mindanya.



"Ia mengajar saya bahawa dalam dunia ini, anda perlu menerima pendapat dan memastikan apa yang anda katakan bersandarkan asas dan bukti.



"Dengan itu, logik tersebut juga boleh dibawa masuk ke dalam agama. Apa yang membuat seorang beriman kepada agama?...terdapat juga hikmah dan kebijaksanaan di sebalik agama," ujar anak ketiga dalam lima adik beradik itu.



Menceritakan pengalamannya memimpin pasukannya dalam pertandingan bahas di Qatar, Encik Alfawzul berkata ia menggerunkan kerana mereka perlu berdepan dengan pasukan yang fasih berbahasa Arab.



Namun, pasukannya merupakan antara dua pasukan yang berjaya memasuki kategori penutur Arab asli sedangkan ia bukan bahasa asal mereka, yang beliau sifatkan sebagai satu pencapaian.



Selain aktif dalam perbahasan sebagai presiden kelab Bahas Arab, Encik Alfawzul juga memikul tanggungjawab sebagai anggota eksekutif Majlis Pelajar Madrasah Aljunied, di mana beliau menerajui program ko-korikular dalam madrasah.



"Saya bersyukur atas pengalaman ini secara keseluruhan. Saya mendapati pembangunan saya di sekolah amat holistik...tentunya saya sentiasa mengingati diri saya bahawa banyak lagi ruang bagi saya memperbaiki diri, dan di situlah biasiswa itu akan membantu," katanya.




"Ia (arena perbahasan) mengajar saya bahawa dalam dunia ini, anda perlu menerima pendapat dan memastikan apa yang anda katakan bersandarkan asas dan bukti. Dengan itu, logik tersebut juga boleh dibawa masuk ke dalam agama. Apa yang membuat seorang beriman kepada agama?...terdapat juga hikmah dan kebijaksanaan di sebalik agama."
- Pemenang Biasiswa Syed Isa Semait Encik Alfawzul Kabir Mohamad Faizal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >