Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan jururawat kongsi ilmu selepas sertai tentera

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



Selepas 22 minggu menjalani Kursus Kadet Pakar (SCS) yang mencabar, seramai 1,139 kadet dari Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Bersama berjaya menamatkan latihan mereka dan lulus sebagai spesialis dan pakar tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Mereka dilatih dalam keadaan yang mencabar dan realistik untuk mengembangkan kemahiran kepemimpinan dan pertempuran, selain mendalami lagi kepakaran vokasional masing-masing. BERITA HARIAN (BH) menyorot pengalaman dua kadet ini.



SEBELUM ini beliau bertugas sebagai seorang jururawat selama lima tahun.



Namun sekitar tahun lalu, Pakar Kententeraan 1 (ME1) Isswariya Nethagi mengambil keputusan untuk menukar kerjayanya dengan menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai pakar perubatan tentera.



Beliau menjadi satu-satunya pelatih wanita di dalam platunnya, dan malah perkara itu tidak sedikit pun menghambat beliau sepanjang menjalani latihan selama 22 minggu.



Sebagai seorang yang mengaku dirinya jarang bersenam sebelum ini, ME1 Isswariya juga berjaya meraih emas dalam Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT).



"Sebagai satu-satunya wanita dalam kursus dan platun ini, saya bangga dengan diri saya kerana dapat melakukan perkara yang dilakukan oleh mereka yang jauh lebih muda dari saya," katanya yang berusia 30 tahun.



Minggu ini, beliau menjadi salah seorang daripada 1,139 kadet dan pakar tentera yang telah menamatkan kursus latihan dan diberikan pangkat mereka sewaktu Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan dalam talian.



ME1 Isswariya memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa sewaktu peralihan kerjayanya itu, keluarga dan rakannya telah meluahkan kebimbangan mereka.



"Saya sering merasakan seperti ada sesuatu perkara yang belum saya laksanakan. Justeru, disebabkan perasaan itu, saya memutuskan untuk menyertai tentera.



"Saya akur ini adalah takdir saya. Di sinilah saya dapat memanfaatkan potensi saya sepenuhnya," kata lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), yang menyertai SAF sebagai pegawai sepenuh masa pada Mac tahun lalu.



Bekas jururawat itu, yang mempunyai kepakaran dalam pemulihan dan endoskopi di Hospital Besar Singapura (SGH), juga tidak lokek dalam mengongsi ilmunya.



Beliau memanfaatkan pengalaman yang diraih sepanjang bekerja sebagai jururawat hospital dengan berkongsi pengetahuannya itu dengan rakan-rakan pelatih lain.



Menyentuh tentang latihan pula, ME1 Isswariya berkata ia merupakan satu cabaran besar bagi dirinya dan bukan sesuatu yang beliau sangkakan.



"Bagi pakar perubatan tentera, semasa berkawad jarak jauh (route march), kami harus membawa beg ubat dengan tandu (stretcher) di pasang bersama beg itu, di samping peralatan lain seperti helmet.



"Lebih mencabar lagi, laluan 'route march' itu juga tidak mudah. Terdapat banyak lereng curam dan kami harus mengatasi senario di mana kami harus menyelamatkan mereka yang 'cedera' atau 'terkorban'," tambahnya.




"Saya sering merasakan seperti ada sesuatu perkara yang belum saya laksanakan. Justeru, disebabkan perasaan itu, saya memutuskan untuk menyertai tentera.



Saya akur ini adalah takdir saya. Di sinilah saya dapat memanfaatkan potensi saya sepenuhnya."
- Pakar Kententeraan 1 (ME1) Isswariya Nethagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >