Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Mantan ketua operasi hospital antara lulusan terbaik Kursus Komand dan Staf

Keputusan Mejar (NS) Hoirul jalani kursus terbukti berbaloi kerana manfaatnya semasa jalani tugas kerahan NS di samping harungi cabaran dunia korporat
Oct 19, 2021 | 05:30 AM



PADA tempoh awal pandemik ini, Mejar (MAJ) Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NS) Hoirul Hafiidz Maksom sibuk menguruskan pasukannya bagi membuka cawangan Hospital Raffles di Beijing, China.



Namun, beliau terpaksa pulang ke Singapura untuk mengambil cuti sabatikal peribadi bagi menjaga ayahnya yang ditimpa sakit.



Biarpun demikian, Mejar (NS) Hoirul, yang juga menyandang jawatan sebagai Ketua Kedua, sebuah batalion infantri Guards, Angkatan Senjata Singapura (SAF), turut mengambil peluang untuk mempertingkat kemahirannya dan telah menjalani Kursus Komand dan Staf (CSC) di Kolej Komand dan Staf Goh Keng Swee dari Januari lalu hingga bulan ini.



Beliau merupakan antara 237 lulusan yang telah tamat kursus itu Khamis lalu.



Malah, beliau juga merupakan antara empat lulusan anggota kerahan yang dinobat sebagai lulusan cemerlang.



Mejar (NS) Hoirul, berkata peluang bekerjasama dengan teman kursusnya, yang juga bertugas dalam pelbagai bidang profesional masing-masing membawa banyak manfaat bagi pegawai kerahan seperti beliau yang mana pengalaman bekerjasama itu turut boleh memanfaatkannya di dunia korporat.



"Kursus ini misalnya membolehkan kami, yang mempunyai latar belakang profesional yang berbeza, untuk menyumbang kemahiran kami dalam tugasan dan latihan merancang operasi ketenteraan dengan lancar," katanya, 39 tahun dan belum berumah tangga.



Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Hospital Mount Elizabeth (Orchard) dan Penolong Naib Presiden (Operasi) Hospital Gleneagles.



"Ia membuka mata saya kepada kepelbagaian sudut yang mana kami boleh mencari huraian yang lebih lengkap dalam menyelesaikan masalah," kata Mejar (NS) Hoirul.



Misalnya, dalam merancang operasi, terdapat teman kursusnya yang bekerja dalam sektor logistik, kesihatan dan lain-lain lagi.



Malah, menerima pandangan serta pengalaman yang berbeza itu penting dalam pengurusan operasi seperti demikian.



"Dengan diberi peluang untuk menilai keadaan atau masalah rumit dan kompleks secara kolektif - iaitu dengan satu pasukan yang dianggotai individu yang mahir dalam bidang tersendiri - ia membuat kita rasa bahawa kita hanya seorang individu yang kecil sahaja dan hanya sebahagian huraian yang lebih besar.



"Pengalaman seperti ini bukan sekadar relevan dalam keadaan ketenteraan atau dalam keadaan perang di mana situasinya sentiasa dinamik, malah di tempat kerja kita juga," kata Mejar (NS) Hoirul.



Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, sudah pasti masalah yang dihadapi di dunia korporat begitu kompleks sekali dan seorang pemimpin kanan mungkin tidak berupaya mencari huraiannya dengan sendiri, katanya lagi.



"Dengan itu pandangan setiap indivu dalam sebuah pertubuhan itu tetap relevan tidak kira apa bidang yang mereka menceburi," ujarnya.



Kursus CSC itu bertujuan menyediakan pegawai bagi menyandang jawatan komand dan staf kanan di dalam SAF dan ia merupakan kursus pendidikan ketenteraan taraf tertinggi di Singapura yang ditawar kepada pegawai sepenuh masa, pegawai kerahan dan pegawai dari negara-negara lain.



Namun, bagi mematuhi langkah pengurusan selamat Covid-19, para peserta kursus itu perlu menjalaninya secara hibrid dengan beberapa elemen kursus itu diadakan dalam alam maya.



Sambil Mejar (NS) Hoirul menghabiskan kursus itu, beliau dan ibunya juga sibuk meluangkan masa bagi menjaga ayahnya yang dikesan mengalami kerosakan ginjal pada Februari lalu.



Ini termasuk menolong ayahnya itu mengatur penjagaan di hospital dan menjadualkan waktu untuknya menziarahi ayahnya sambil mengikut larangan lawatan yang ditetapkan di hospital ekoran pandemik ini.



"Namun jurulatih kursus sangat berpengalaman dalam menawarkan saya - dan juga peserta lain kursus yang turut mempunyai tanggungjawab dan komitmen masing-masing - untuk menziarahi ayah saya di hospital.



"Saya kira mereka faham bahawa anggota kerahan NS perlu menjalankan tugas kepada keluarga dan kehidupan masing-masing serta memberi yang terbaik untuk komitmen mereka terhadap keperluan negara ini," katanya.



"Dengan diberi peluang untuk menilai keadaan atau masalah rumit dan kompleks secara kolektif - iaitu dengan satu pasukan yang dianggotai individu yang mahir dalam bidang tersendiri - ia membuat kita rasa bahawa kita hanya seorang individu yang kecil sahaja dan hanya sebahagian huraian yang lebih besar. Pengalaman seperti ini bukan sekadar relevan dalam keadaan ketenteraan atau dalam keadaan perang di mana situasinya sentiasa dinamik, malah di tempat kerja kita juga... Dengan itu pandangan setiap individu dalam sebuah pertubuhan itu tetap relevan tidak kira apa bidang yang mereka menceburi."
- Mejar (MAJ) Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NS) Hoirul Hafiidz Maksom.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >