Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mariam: Melayu perlu tingkat prestasi Stem demi kerja Ekon Hijau

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam tidak boleh terkebelakang dalam usaha Singapura beralih ke arah Ekonomi Hijau, ujar Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang).



Menekankan itu, beliau berkata masyarakat perlu meningkatkan lagi prestasi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem), yang dikehendaki bagi banyak pekerjaan dalam Ekonomi Hijau.



"Pekerjaan baru akan diperkenal dalam sektor Ekonomi Hijau, misalnya dalam bidang kejuruteraan, perkhidmatan karbon dan kewangan hijau.



"Pemerintah, sekolah dan M Kuasa Tiga ((M³) mesti membantu belia dan pekerja Melayu demi memperoleh peluang setara dalam membina dan memupuk minat, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam Stem, termasuk teknologi hijau," katanya dalam perbahasan Belanjawan 2021 semalam.



Cik Mariam juga menyarankan Singapura memperhebat usaha bagi sektor seperti petrokimia dan perkapalan supaya negara ini dapat menjadi hab paling mampan di dunia.



Beliau berkata pangkalan perkilangan yang terdiri daripada lebih 100 syarikat petrokimia di sini dan kedudukan Singapura sebagai hab logistik dan perdagangan bagi petrokimia meletak negara ini dalam kedudukan unik bagi membangun dan mengembangkan skala teknologi.



Cik Mariam juga berkata Singapura boleh menubuhkan perikatan bagi mendorong kematangan teknologi penyahkarbonan dalam perkapalan di Asia.




"Pekerjaan baru akan diperkenal dalam sektor Ekonomi Hijau, misalnya dalam bidang kejuruteraan, perkhidmatan karbon dan kewangan hijau. Pemerintah, sekolah dan M Kuasa Tiga (M³) mesti membantu belia dan pekerja Melayu demi memperoleh peluang setara dalam membina dan memupuk minat, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam Stem (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik), termasuk teknologi hijau."
- Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >