Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Kebanyakan jemaah SG lengkap rukun Haji utama

Jul 11, 2022 | 08:56 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang berada di Makkah, Arab Saudi menyatakan sebahagian besar jemaah Singapura sudah selesai mengerjakan rukun haji yang utama.



Ini termasuk berwukuf di Arafah, bermalam di Mudzdalifah dan melontar jamrah di Mina, kata beliau.



“12 Zulhijah hari ini di Tanah Suci – sebahagian besar para jemaah kita kini sudah selesai mengerjakan wajib, rukun dan sunat haji yang utama termasuk berwukuf di Arafah, bermalam di Mudzdalifah dan melontar jamrah di Mina, alhamdulillah.



“ Gembira sekali dapat bersama-sama menyempurnakan ibadah kami di sini walaupun di tengah keheningan malam, berjalan sekitar tujuh kilometer ke Jamrah, daripada Shisha,’’ kata Encik Masagos, yang mengetuai rombongan haji Singapura tahun ini.



Beliau berkata para jemaah bersemangat tinggi walaupun mereka mungkin berjalan sejauh tujuh kilometer menuju ke destinasi pada 3 pagi.



“Saya dapat rasakan kegigihan jemaah kita. Semoga semua terus menjaga kebersihan dan kesihatan masing-masing supaya dapat menyelesaikan ibadah dengan baik sepanjang tiga hari tasyrik ini, insya-Allah,’’ tambahnya.



Sebelum ini, beliau berkata jemaah Singapura mengambil langkah berjaga-jaga, seperti menggunakan pelitup muka dan mengawal interaksi mereka dengan baik, dalam usaha menjaga kesihatan mereka.



Ia dilaporkan sebelum ini terdapat 30 jemaah haji Singapura yang telah diuji positif bagi Covid-19 di sana.



Seramai 900 jemaah Singapura berada di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.



Mereka antara 850,000 jemaah asing yang mendapat izin melaksanakan rukun Islam kelima itu.



Secara keseluruhan, seramai 1 juta orang mengerjakan haji tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >