Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lancar program sarapan sihat bagi kanak-kanak keluarga susah

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 4,000 kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah daripada 32 prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan My First Skool di kawasan Ang Mo Kio dan Yishun akan menerima sajian sarapan bijirin berkhasiat setiap minggu sehingga 2022.



Ini dapat dilaksanakan menerusi satu kerjasama antara KidStart Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) bersama syarikat Kellogg sebagai sebahagian daripada inisiatif Better Days syarikat itu.



Program tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad secara dalam talian, semalam.



KidStart disasarkan terhadap keluarga dengan anak yang berusia sehingga enam tahun daripada isi rumah berpendapatan rendah.



Kanak-kanak prasekolah dibantu terima sarapan bijirin berkhasiat



Memberikan ucapan semasa pelancaran itu, Encik Masagos berkata beliau menyambut baik usaha tersebut.



"Inisiatif Better Days Kellogg bersama-sama KidStart merupakan contoh apa yang mampu diraih apabila sektor swasta, masyarakat dan awam bekerjasama untuk meraih matlamat yang sama," katanya.



Bijirin sarapan itu dapat kanak-kanak nikmati sama ada di rumah bagi kanak-kanak PCF atau dimakan di prasekolah bagi kanak-kanak My First Skool.



Bagi menyelaraskan usaha, Kellogg juga telah bekerjasama dengan The Food Bank Singapore, untuk mengagihkan bijirin kepada sekolah-sekolah setiap minggu.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KidStart, Cik Rahayu Buang berkata pihaknya terharu mendapat sokongan inisiatif global Kellogg.



"Kerjasama kami dengan rakan kongsi seperti Kellogg membantu KidStart mendekati keluarga secara bermakna menerusi pelbagai inisiatif bagi menangani keperluan mereka yang berbeza-beza," ujarnya.



Beliau menambah sarapan yang juga merupakan sajian paling penting setiap hari dapat membantu menguasai pembangunan dan pembelajaran kanak-kanak.



"Dengan bijirin yang ditawarkan Kellogg dan dihantar oleh Food Bank Singapore, kanak-kanak di prasekolah yang disokong KidStart akan meraih manfaat daripada khasiat yang baik dan diharapkan, dalam jangka masa panjang, menjadikan sarapan sebagai rutin harian mereka," tambah Cik Rahayu lagi.



Acara itu diperkenalkan sejajar dengan Hari Makanan Sedunia, dan merupakan usaha Kellogg memperbaiki kehidupan masyarakat di Singapura.



Isu kelaparan terus merangkumi kesan sosial dan ekonomi pandemik akibat Covid-19 dan krisis perubahan iklim.



Menurut perangkaan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandemik Covid-19 telah menambah bilangan mereka yang lapar sebanyak 161 juta kepada 820 juta.



Hampir satu dalam tiga orang atau hampir 2.4 bilion, kurang mendapat akses kepada khasiat yang secukupnya.



Menerusi platform Better Days, Kellogg mahu memberi makanan kepada 375 juta orang yang memerlukan secara global menjelang 2030, menyokong petani menerusi amalan pertanian mapan selain memelihara sumber asli bumi.



Menurut Pengasas Bersama Food Bank Singapore, Cik Nichol Ng, Hari Makanan Sedunia merupakan peringatan tepat pada masanya bahawa makanan merupakan keperluan asas bagi semua orang.



"Meski makanan mudah didapati di Singapura, masih terdapat mereka yang mengalami rasa tidak selamat berkaitan makanan.



"Food Bank Singapore berharap untuk membasmi rasa tidak selamat berkaitan makanan di Singapura dan kerjasama bersama Kellogg merupakan satu lagi langkah positif dalam menyokong usaha memberi makanan kepada mereka yang memerlukan dalam masyarakat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >