Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lawat Jakarta bagi mesyuarat sosiobudaya Asean

Aug 25, 2023 | 04:21 PM



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan mengadakan lawatan ke Indonesia mulai 28 Ogos hingga 31 Ogos.

Semasa di sana, beliau akan mewakili Singapura di Mesyuarat Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean (ASCC) yang akan berlangsung di Jakarta pada 28 dan 29 Ogos.

Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, juga akan mengadakan kunjungan ke Malang pada 30 dan 31 Ogos, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Mesyuarat majlis ASCC yang ke-30 itu akan membincangkan pelbagai inisiatif sosiobudaya dan hasil dokumen untuk diserahkan kepada para pemimpin Asean di Puncak Asean ke-43.

Majlis ASCC ialah salah satu daripada tiga Majlis Masyarakat Asean, dengan dua lagi merupakan Majlis Masyarakat Keselamatan Politik Asean dan Majilis Masyarakat Ekonomi Asean.

Encik Masagos juga akan mengambil peluang ini untuk bertemu dengan pemimpin dan pegawai Indonesia semasa beliau berada di Jakarta. 

Menyusuli Mesyuarat Majlis ASCC, Encik Masagos dijadual menuju ke Malang atas jemputan Menteri Penyelarasan Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Encik Muhadjir Effendy, untuk mendekati penuntut Universiti Muhammadiyah.

Encik Masagos akan ditemani para pegawai MSF serta Kedutaan Singapura di Jakarta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >