Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos rakam penghargaan buat Saudi, SPAO bagi haji yang lancar

Aug 03, 2022 | 06:52 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, merakamkan penghargaannya kepada kerajaan Arab Saudi serta pegawai Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) yang telah menjayakan ibadah haji bagi jemaah Singapura tahun ini.



Menerusi laman Facebook beliau hari ini (3 Ogos), Encik Masagos, yang juga Ketua Delegasi Haji Singapura tahun ini, berkata beliau berpeluang bertemu dengan rakan sejawatnya di Saudi.







“Tanpa mereka, jemaah Singapura kita tidak mungkin dapat menunaikan haji.



“Saya menyampaikan penghargaan mendalam kami atas sokongan dan bantuan mereka memastikan jemaah Singapura kita menikmati perjalanan yang lancar sepanjang mereka berada di Tanah Suci.



“Tidak lupa juga pegawai yang gigih daripada SPAO. Dedikasi dan komitmen mereka telah memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah kami.



“Saya yakin jemaah kami juga berasa demikian dan saya mengalu-alukan maklum balas daripada jemaah berhubung aplikasi PilgrimSG,” ujar beliau.







Sepanjang beliau berada di Saudi, Encik Masagos turut giat memuat naik catatan terkini serta gambar menerusi laman media sosial beliau, antara lain untuk mengkhabarkan keadaan jemaah haji di sana.



Tambahnya, beliau berharap pengalaman haji yang dikongsinya itu bermanfaat, khususnya bagi pengguna Facebook bukan Muslim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >