Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos umum 2023 tahun raikan rakan khidmat sosial

Iktiraf sumbangan penting rakan kongsi perkhidmatan sosial yang bekerjasama dengan MSF
Jan 28, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengumumkan 2023 sebagai Tahun Meraikan Rakan Khidmat Sosial.



Tahun ini akan mengiktiraf sumbangan penting rakan kongsi dari dalam dan luar sektor perkhidmatan sosial yang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan antara satu sama lain untuk membina keluarga yang kukuh dan masyarakat peduli.



Tahun Meraikan Rakan Khidmat Sosial akan membina pada momentum Tahun Meraikan Keluarga SG pada 2022 dan Tahun Meraikan Wanita SG pada 2021.



Mengumumkan hal tersebut semalam semasa acara penyampaian Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi (MVPA) yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, Encik Masagos berkata:



"Tanpa rakan kongsi dan sukarelawan, kita sebagai satu masyarakat tidak akan dapat membantu meningkatkan mereka yang memerlukan.



"Sumbangan berterusan anda memberi kekuatan kepada semangat kolektif kami, dan membolehkan masyarakat kita tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang.



"Anda adalah sebahagian daripada kompak sosial yang menjadikan Singapura sebuah masyarakat penyayang, bersatu padu dan kohesif."



Encik Masagos menambah bahawa mendedikasikan tahun ini sebagai Tahun Meraikan Rakan Khidmat Sosial merupakan pengiktirafan bahawa rakan kongsi khidmat sosial merupakan komponen penting dalam kompak sosial Singapura.



Selain itu, ia juga menunjukkan betapa penting mereka dalam menyokong kemajuan selanjutnya wanita, membangunkan keluarga yang kukuh dan meningkatkan mereka yang memerlukan bantuan.



"Ia adalah pengiktirafan bahawa pemerintah tidak dapat mencapai ini semua sendiri, tiada pemerintah yang boleh melakukan hal itu," kata beliau.



Beliau, yang hadir sebagai tetamu terhormat, turut mengatakan dalam ucapannya bahawa sektor khidmat sosial boleh meningkatkan lagi kesediaan masa depannya, meluaskan perkongsiannya dan mengutamakan kekeluargaan.



"Sedang kita melangkah ke masa depan yang penuh dengan cabaran lebih kompleks, usaha individu dan keluarga sahaja mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan mobiliti sosial.



"Agensi perkhidmatan sosial, perusahaan sosial, korporat, akademia, kumpulan masyarakat, sukarelawan dan pemerintah mesti berganding bahu untuk memberi peningkatan tambahan kepada keluarga.



"Namun, ia bukan hanya tentang melakukan lebih banyak, ia adalah tentang melakukan yang lebih baik," ujar Encik Masagos.



Tahun ini, terdapat seramai 360 penerima anugerah MVPA.



MVPA mengiktiraf semangat dan dedikasi rakan kongsi, sukarelawan dan organisasi MSF yang telah memberikan sumbangan besar kepada program atau matlamat kementerian tersebut.



Antara anugerah yang diberikan tahun ini ialah satu Anugerah Sukarelawan Sepanjang Hayat Cemerlang, 11 Anugerah Sukarelawan Cemerlang, 52 Anugerah 'Friends of MSF', 46 Anugerah Prihatin Masyarakat dan 250 Anugerah Khidmat Panjang.



Anugerah tertinggi, Anugerah Sukarelawan Sepanjang Hayat Cemerlang, telah disampaikan kepada Cik K Sartha, yang merupakan salah seorang ibu angkat paling lama berkhidmat di Singapura.



Beliau telah menjadi ibu angkat selama lebih 45 tahun sejak 1976 dan telah menjaga 12 orang anak.




"Tanpa rakan kongsi dan sukarelawan, kita sebagai satu masyarakat tidak akan dapat membantu meningkatkan mereka yang memerlukan."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >