Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos umum inisiatif baru bantu penghidap demensia

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru telah dilancarkan sebagai lanjutan kepada usaha negara menyokong mereka yang menghidapi demensia.



Dengan cogan kata - "Lend a Helping Friend, Be a Dementia Friend" atau "Membantu mereka yang memerlukan, Jadi Rakan Demensia", usaha yang diberi nama Pergerakan Dementia-FriendlySG (DFSG) itu merupakan tambahan kepada inisiatif-inisiatif mesra demensia selama ini.



Pergerakan baru itu diumumkan semalam oleh Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa majlis pelancaran kempen Mesra Demensia anjuran Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) Singapura.



Mengulas tentang pergerakan baru itu, Encik Masagos berkata ia akan mengukuhkan rangkaian mesra demensia yang terjalin melalui penyepaduan perkhidmatan yang lebih baik.



"Kami berharap ia akan memacu pembangunan lebih banyak Masyarakat Mesra Demensia (DFC), menyediakan lebih banyak sumber demensia melalui Go To Points (tempat-tempat yang boleh ditujui), dan menjana lebih banyak usaha mesra demensia melalui perkongsian dengan lebih banyak badan-badan berlainan.



"Secara kolektif, usaha ini akan menghasilkan penjagaan yang lebih baik untuk mereka yang menghidapi demensia," kata Encik Masagos yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Semasa berucap di majlis yang diadakan di Bedok Town Square itu, Encik Masagos turut menarik perhatian kepada kepentingan dan pencapaian inisiatif Singapura Mesra Demensia, yang dimulakan oleh AIC dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2016 di bawah Pelan Induk Kesihatan Mental Masyarakat (CMH).



Beliau menekankan pentingnya memperluaskan usaha untuk persediaan menghadapi kes-kes demensia yang semakin meningkat, dan menggalakkan negara menyokong Pergerakan #DementiaFriendlySG untuk mewujudkan Singapura yang lebih prihatin dan inklusif.



Antara lain, inisiatif yang diumumkan semalam itu menyediakan sebuah masyarakat mesra demensia, di mana penduduk, perniagaan dan penyedia khidmat memiliki kesedaran mengenai demensia dan anggota masyarakat pula memahami cara menjadikan kawasan kejiranan mereka selamat dan mudah dinavigasi.



Menerajui pembangunan DFC itu, AIC telah bekerjasama dengan sukarelawan, pemimpin masyarakat, sekolah, rakan kongsi penjagaan kesihatan, pemilik perniagaan dan agensi pemerintah.



Sehingga kini, 15 DFC telah ditubuhkan.



Melalui inisiatif ini, Ketua eksekutif AIC, Encik Tan Kwang Cheak, berharap ia dapat memberi inspirasi dan menggembleng lebih ramai individu, rakan kongsi masyarakat dan korporat untuk tampil dan menyumbang kepada golongan tersebut.



"Bersama-sama, kita boleh pergi jauh dalam menjadikan negara kita tempat di mana orang yang menghidapi demensia boleh hidup berdikari, dan penjaga disokong dengan baik," katanya.



Dalam pada itu, semasa acara semalam, AIC turut menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Demensia Singapura bagi kedua-dua pertubuhan menyelaraskan teras strategi untuk bekerjasama dan memaksimumkan usaha dalam pembinaan keupayaan, komunikasi dan sokongan untuk mereka yang menghadapi demensia, serta penjaga mereka.



Mengulas, Ketua Eksekutif Dementia Singapore, Encik Jason Foo berkata:



"Melalui kerjasama ini, kami akan memperkenalkan perkhidmatan berkualiti dan membantu membentuk dasar negara yang akan meningkatkan kehidupan daripada mereka yang menghidapi demensia.



"Semasa kami terus melibatkan mereka yang menghidap demensia dan keluarga mereka, Demensia Singapura akan berusaha untuk menambah baik model penjagaan dan membolehkan keupayaan penjagaan yang lebih tinggi dalam masyarakat melalui perkongsian rapat".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >