Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masalah tanah tapak BTO Bt Batok ekoran rupa bumi, isu bekalan

Apr 09, 2023 | 06:45 PM



KESILAPAN pada langkah kawalan tanah di sebuah tapak projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Bukit Batok disebabkan keterbatasan rupa bumi dan isu bekalan, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Memberikan responsnya pada Ahad, MND dan HDB berkata adalah menjadi amalan biasa pihak industri untuk mengambil langkah kawalan tanah untuk dilaksanakan sebelum kerja berkaitan tanah bermula.



Dalam kejadian di tapak Taman Bukit Batok Hillside, kerja-kerja sedemikian perlu dilaksanakan secara berperingkat menyusuli rupa bumi yang berbukit itu, kata MND dan HDB dalam satu kenyataan bersama.



Mulai 7 Februari, sesetengah kawasan di tapak itu dibersihkan bagi menaikan hadangan, melaksanakan langkah kawalan tanah, dan menghasilkan laluan akses yang selamat buat kenderaan.



Kerja-kerja itu dijalankan bersesuaian dengan pengurusan persekitaran dan rancangan pemantauan (EMMP) untuk tapak tersebut.



EMMP bertujuan mengurangkan kesan kepada persekitaran di tapak tersebut, tambah kenyataan itu lagi.



Namun pihak kontraktor tidak dapat menutup sebahagian kawasan dengan tanah yang terdedah dalam sehari, seperti yang diperlukan EMMP, akibat satu isu bekalan sementara.



“Sepatutnya wujud penyelarasan yang lebih baik dalam bekalan bahan bagi kerja-kerja yang berlangsung,” kata kenyataan itu.



Isu bekalan telah dihuraikan dan semua kawasan yang terdedah dalam dan luar hadangan telah ditutup dengan selimut kawalan tanah terbiodegradasi, katanya.



Pada 23 Mac agensi air nasional, PUB mengesan pelanggaran dalam langkah mengekang dan merawat air yang mengandungi kelodak, lumpur, batu dan tanah sebelum ia disalur ke longkang.



PUB kemudian menghentikan langkah pembersihan kawasan berhutan di tapak projek BTO West Glades.



Tapak yang terletak di Taman Bukit Batok Hillside itu adalah kawasan penting bagi hidupan liar bergerak antara Tengah dengan Bukit Batok, kata MND dan HDB.



Kenyataan bersama itu menjelaskan bahawa PUB tidak mengeluarkan arahan henti kerja yang formal bagi kesilapan tersebut, tapi telah bekerjasama dengan HDB untuk mengarahkan pihak kontraktor agar mempercepatkan binaan longkang yang sesuai dengan pagar kelodak sebelum kerja pembersihan tapak itu boleh diteruskan.



HDB bersama konsultan EMMP, pihak kontraktor dan wakil Lembaga Taman Negara (NParks) telah bertemu anggota Persatuan Alam Semula Jadi (NSS) pada Isnin dan Selasa untuk membincangkan langkah-langkah tersebut.



Mesyuarat itu melibatkan Encik Tony O’Dempsey dari NSS, yang menulis tentang kesilapan itu di media sosial.



Kenyataan itu berkata:



“Terdapat pertukaran pandangan yang baik, dan kami ucapkan terimakasih kepada anggota NSS di atas maklum balas itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >