Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat kebaya perkukuh warisan Melayu

Nov 18, 2023 | 08:51 PM



Kampong Gelam pada Sabtu diwarnai dengan kaum wanita yang manis berpakaian kebaya sementara yang lelaki pula segak berpakaian kemeja batik.

Ini adalah sempena acara ‘Gaya Kebaya – Raikan Warisan Kita’ anjuran Berita Mediacorp dan One Kampong Gelam.

Acara tersebut bertujuan meraikan warisan dan tradisi pakaian tradisional itu.

Sebagai sebahagian acara itu, tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga penasihat kepada One Kampong Gelam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah melancarkan dokumentari terbitan pasukan ehwal semasa Berita Mediacorp, Kebaya Gaya Nusantara, yang akan disiarkan di Suria pada Khamis.


Dr Faishal juga melancarkan pameran Gaya Kebaya – 130 Tahun (Gaya Kebaya – 130 Years) di Sultan Gate.


Acara itu sebagai satu usaha memperkukuhkan warisan kebaya yang juga dicalonkan untuk senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada akhir Mac tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >