Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki iktiraf sumbangan, sokongan pemimpin India Muslim

Sep 30, 2022 | 08:53 PM



SEPANJANG empat dekad lalu, masyarakat Muslim setempat telah mencapai pelbagai kejayaan dan ini antara lain hasil sumbangan pemimpin India Muslim di sini.



Malah menurut Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, pemimpin India Muslim di sini telah memainkan peranan penting menyumbang kepada kejayaan masyarakat Muslim Singapura dan mereka juga merupakan rakan kerja kukuh Yayasan Mendaki selama ini.



“Dengan lebih banyak kerjasama dan sokongan kukuh daripada semua orang, masyarakat Muslim dapat meraih manfaat daripada program yang lebih khusus, menyeluruh dan berkesan.



“Selain usaha Mendaki untuk memperluas program kami, adalah penting juga bagi Mendaki mendekati pemimpin masyarakat dan mendengar perspektif serta pandangan mereka untuk membentuk masa depan kita,” ujar Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.



Oleh itu, Mendaki telah mengadakan satu sesi pendekatan bersama lebih 30 pemimpin India Muslim baru-baru ini untuk mengiktiraf sumbangan penting mereka dalam usaha mempertingkat masyarakat Muslim menerusi Mendaki.



Menurut Mendaki, beberapa masjid dan pemimpin India Muslim terkemuka telah menderma kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF) untuk menyediakan biasiswa dan dermasiswa bagi pelajar, termasuk pelajar India Muslim.



Mereka termasuk Encik S M Jaleel, Encik Ismail Gafoor, Profesor Aziz Merchant, Dr Reshma Aziz Merchant, Encik Abdul Lateef Siddiqui, Encik Moez Nomanbhoy, Encik Hanif Nomanbhoy, Encik Juzar Motiwalla, Encik Mashuthoo Abdul Rahiman Raja Mohamed Maiden, Encik Raj Mohamed, Encik Bazul Ashhab dan Encik Haider Sithawalla.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >